!| ~Tentang Dia~ |!: Puisi cinta islamik

Puisi cinta islamik

yang nie Echa copy dr fb Hilal Asyraf (official)

Tidak aku bermain dengan frasa bakal imam,
bakal makmum,
bakal cikgu,
tidak aku bermain.

Madah hanya bermakna dengan perlaksaan perbuatan,
atau kata-kata hanya akan tinggal bicara,
kita mahu botol ubat yang berisi,
biar jadi penawar bukan penipu kepada jiwa.

Gerakkan dengan sikap,
tunjukkan dengan amal,
bermadahlah dengan benar,
bukan sekadar bicara mainan.

Pinang dengan bismillah,
maharnya al-fatihah,
dikaulah bakal imamku,
dikaulah makmumku,
kenanglah daku dalam sujudmu,
sampaikanlah rindu di dalam doamu,
cukuplah ayat-ayat ini,
buktikanlah dengan tindakanmu!

Jadilah yang selayaknya,
ini bukan main masak-masak gamaknya,
ini cerita untuk pimpin manusia ke syurga sana,
untuk bina ummah perkasa,
apa mungkin hanya dengan madah kosong,
tanpa amal yang sebenar-benarnya.

- Hilal Asyraf -
1954
010113
Gombak,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..