!| ~Tentang Dia~ |!: January 2015

Hati yang Bercelaru,menjadi Batu

Assalamualaikum.

sepatutnya ketika ini diri ini sudah berada di Labuan, untuk praktikal. tapi memandangkan berlakunya banjir besar di pantai timur semenanjung Malaysia, semua takwim KKM diselaraskan dan akan bermula pada minggu hadapan.

dan diri ini masih di sini.

pernah tak rasa rindu yang tidak tertanggung? sehingga seharian mood swing.

itu apa yang saya alami ketika cuti ini. 

ya, saya akui saya lemah. iman saya tidak seteguh para mujahidah di luar sana.

namun rindu itu fitrah. selagi tidak melanggar syarak, ia dibolehkan. perbetulkan saya sekiranya saya salah. maklumlah. saya orang baru.

terkadang,
rindu itu membuak-buak sehingga ingin bertemu dengannya.
terkadang,
rindu itumenyakitkan sehingga diri ini tidak dapat menahan air mata.

tapi apakan daya.

apakan daya?

apa yang haram,tetap haram. tiada yang boleh meng'halal'kannya.

setiap sujud, setiap doa, terselit namanya. jarang dilupa untuk kesejahteraannya. dan semoga dia bertemu jodoh  yang sekufu dengannya.

bukan diri ini tidak ingin berjuang,
bukan diri ini sudah menyerah,
bukan diri ini sudah berpaling tadah.

tapi ini semua tidak betul.
tidak diajar dalam agama.
dan ia sering buat kita lupa akan Allah.

cukuplah.

cukuplah.

bukan kerana tidak berupaya untuk berjuang bersama.
tetapi apa ertinya tanpa redha Allah?
semuanya hanya mengundang dosa.

cukuplah.

cukuplah.

diri ini hanya berserah pada-Nya.

jangan disangka mudah, jangan disangka remeh.
hanya diri ini tahu betapa remuknya hati, hancurnya hati, punah segalanya.

benarlah apa yang dikata. 
cinta pada manusia tiada yang pasti.

biarlah semuanya disandarkan pada agama Allah.
diri ini tidak lagi mampu menanggung dosa silam.
cukuplah dengan dosa yang lalu.
diri ini takut. sangat takut. dan sering dihantui dosa silam.
diri ini syukuri, sebulan (oktober) di dalam kesedihan lalu , diri ini benar-benar temui jalan kembali.
dan
bila di lamar sekali lagi pada cinta yang tidak pasti,
diri ini meragui.

kini,
betapa punah hancur luluh hati, 
begitu mudah dicantum semula dan terima seadanya.
maaf.
hati ini benar-benar hancur disaat diperlakukan sedemikian pada waktu ditinggalkan dulu.
hati ini sememangnya hancur berderai disaat kasih ditagih semula.
dan.
mungkin kelihatan diri ini menyesali bila diri ini mengundur diri.
tapi, walau sakit, diri ini lakukan demi agamanya.
dan,
dia sanggup melepaskan apa yang dia sayang, hanya untuk Allah.

maaf,
sekiranya diri ini sukar meaafkan diri mu.
maaf,
sekiranya diri ini berubah keras seperti batu.
maaf,
kerana diri ini takut untuk bercinta lagi.

hanya Allah.
hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati menanggung rindu, menahan kesakitan.
hanya kerana Allah,
diri ini bertahan sekali lagi.

p/s:: walau dia tidak mungkin membaca entry ini, cukuplah diluah disini.keran hati ini telah disakiti