!| ~Tentang Dia~ |!: February 2013

Kerana itu, aku BUKAN aku

Ramai yang beri nasihat pada diri ini~


Mak : Cuba jangan jadi macam lelaki! Kau tu pompuan, jadi macam pompuan sikit!
Aku dengar dan berubah berperangai lebih seperti perempuan

Kakak : Jangan terlalu rapat dengan lelaki. Biarlah dikatakan sombong, yang penting adab pergaulan kau jaga.
Aku dengar dan berusaha menjauhi semua lelaki. Walaupun akhirnya kena label perempuan sombong + garang, kata-katanya masih aku pegang.

Abang : Jangan peduli cakap orang lain, buat ja apa yang kau mau. Sebab lepas ni, kau tidak dapat lagi peluang kedua untuk mencuba segalanya.
Aku dengar dan cuba untuk kejar apa sahaja yang aku inginkan, walaupun tidak banyak yang dapat aku gapai.



Bapa : Jangan biarkan hidup yang susah jadi penghalang kau berjaya. Cuba buktikan orang yang susah boleh berjaya. Tunjukkan pada yang lain, kau bukan budak yang tidak boleh harap. Dengan kau ja kami bergantung. Biar susah mana pun kau tempuh, ingat pada keluarga , bukan orang lain.
Aku dengar dan berusaha menjadi yang terbaik dari yang lain, walaupun aku bukan sesempurna atau sebijak yang lain.

Mak cik : Tiada orang lain lagi yang boleh ubah nasib diri kamu kalau bukan diri sendiri. Lupakan pasal lelaki, fikir masa depan dulu.
Aku dengar dan fokus pada tujuan sebenar aku hidup didunia ini.

Pak cik : Belajar bagus-bagus. Sudah tu cari kerja yang bagus. Jangan biarkan kau diikat awal. Nanti kau juga yang susah.
Aku dengar dan keraskan hati.



Semua nasihat aku dengar dan cuba laksanakan. Aku berubah dari seorang yang tomboi, yang suka bermain dengan budak lelaki berubah menjadi seorang yang lebih bercirikan wanita, terlebih matang, dan lupakan segala keseronokan zaman remaja. Aku lupakan cita-cita dan impian aku dahulu.

Namun, aku rasa ini bukan aku. Aku bukan aku. Hidup aku sekarang sungguh berbeza dengan hidup aku 5 tahun yang lalu. Walaupun ketika itu aku masih alpa dalam belenggu keindahan zaman persekolahan, aku tetap tahu apa yang diri ini inginkan. Aku ingin hidup dengan gaya aku sendiri. Aku ingin rasa nikmat remaja sebenar.  Aku tetap tahu matlamat hidup yang aku inginkan. Kehidupan sekarang langsung tiada dalam lakaran hidup yang aku impikan. Langsung aku tidak terfikir yang akhirnya aku harus teruskan hidup ini seorang diri, menempuh segala cabaran sendiri, membuat keputusan sendiri. Memang benar apa orang kata, hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Hanya dengan nasihat tadi menguatkan diri ini untuk menempuh segala onar dihadapan. 

In shaa Allah, aku akan jadi lebih kuat dari dulu. In sha Allah~

A day before holiday!

Assalamualaikum~

Tak lama lagi cuti CNY bermula. Tak sabar la pulak mau balik. Pada asalnya, memang tak mau balik pon. Sapa la yang ada kat rumah tu??? Tapi, disebabkan Pakcik tercinta da sponsor segala belanja untuk balik, Echa balik jaa laa.

Sebenarnya, tak da benda sangat yang Echa nak tulis. Memang banyak benda yang jadi dalam beberapa hari ini. Banyak ragam yang mampu dilihat. Ada yang menyenagkan hati, ada yang menyakitkan hati. ish3x. Malas la mau kupas benda-benda yang bikin sakit hati tu. Bukan pandai nak sembuh pon kalau dihebohkan. Biasalah tu, lain orang, lain cara dia. Lain orang, lain hati dia. Mana kita nak tahu. Orang nak dok cakap benda-benda yang menyakitkan hati, biarlah dia.Layan sangat karenah dia, terbluetooth nanti emosi tu pada diri. Kang palpasi tak habis-habis. Tak pa, dia free-free dapat DOSA, kita free-free dapat PAHALA. Biarkan jaa la budak macam tu. Bukan dapat naikkan pointer exam pon!
Dah, jangan biarkan haba kepanasan melarat sampai ke hati. Istighfar....

Okay, change TOPIC!

Cakap pasal cuti nie, bukan dapat bercuti pon. Assignment melambak tak tentu pasal! 1 minggu cuti dengan assignment la. Tapi, apakan daya(ceh, ayat~) dah diri berstatus STUDENT. Rela jaa la. Apa-apa pon, that day is coming. 14 Feb, bukan valentine, bukan special birthday sapa-sapa pon. Hanya Echa yang tahu. Hanya Echa tahu akan permulaan dimana saat hidup hilang tempat bergantung. Ish, sedih tak tentu pasal pulak.
Dah-dah. Cukup la setakat ini kali ini.

Annyong!

Surat Layang untuk You!

Adush, tadi khusyuk mau buat assignment pasal Hepatitis. Sebab tidak jumpa info, baik Echa tutup ja buat seketika. Sedang mata menunggu masa untuk direhatkan, baik Echa cerita sikit something. Yala, memang kerja ceritaaa ja kan?

Dalam minggu nie dan minggu lalu banyak benda dah jadi. Kira minggu stress juga laa.. Okay, kiranya mau cerita semua tapi kena melalui akta Tapisan Teh lagi.

Minggu lalu memang minggu stress dimana Echa dan Hani yang bertugas dalam biro pengangkutan kelas kena bergerak dengan lebih aktif lagi memandangkan sistem diktator telah dijalankan. HUHUHU... Sometimes penat juga dengan kerja nie tapi da diberi amanah, buat ja la. Kata sir Jo, yang penting ikhlas dan kata sir Zainullah pula yang penting niat. Minggu lalu juga Echa sekali lagi terpilih untuk menjalankan program yang bakal dijalankan di KSKB Utama pada bulan Mac nanti. Tak perlula bagitau lebih detail sebab belum banyak yang telah berjalan. Tapi, kali nie Echa digandingkan dengan Luis dan mungkin akan perlukan bantuan daripada pihak sem 3 sebab mereka lebih berpengalaman. Dah terbeban dengan kerja sebagai biro pengangkutan, sekarang tambah lagi satu kerja. Nasib tak susah sangat dan hanya bermula bulan mac nanti. Beberapa AJK dalam konvensyen lalu terpilih semula tapi tidak semua terpilih semula. Dalam AJK memang perlu ada anak buah. Dan bagi yang terpilih pasti akan pilih yang berpengalaman dahulu kan? Tapi kalau yang terpilih tu cuba untuk take over tempat bos dia, tu da macam lain da kan?? Tak mau la cerita banyak sangat. Nanti jadi kontroversi pulok! hahaha..

Minggu lalu pun telah mengajar Echa akan pentingnya menjaga perasaan orang lain. Walaupun Echa dah cuba untuk kurangkan tabiat tu, kalau da terbiasa apa boleh buat kan??

Pada sesetengah orang, ejek-mengejek atau usik-mengusik itu adalah perkara yang biasa pada kehidupan harian terutama apabila bertemu dengan rakan yang penuh dengan ragam masing-masing. Tapi apabila guraun itu telah melampaui batas, hati yang keras pun pasti akan tercalar punya. Tipu la bila cakap hati tidak terguris langsung. Hari-harinya dikelas hanya dihujani dengan gelak tawa ejekan daripada geng- geng @%$&. Kamu tak tahu ka yang hati si dia terguris saat kamu buat macam tu? Kamu tidak pernah fikir ka apa yang akan kamu rasa bila berada ditempatnya? Memang  'GOOD'  betul laa! Mahu dinasihat, majoriti boleh dipanggil bapa anak 3 orang uda. L****...

Memang best dapat kena kan kawan, kena kan orang. Tapi biarlah berpadah-padah. Airmata yang dia alirkan sungguh tidak berbaloi jika hanya pasal kau. Hormat la dia sebagai seorang wanita sekiranya kau tak dapat hormat dia sebagai seorang rakan. Dia pon ada hati dan perasaan, sering berperang dengan perasaan sendiri saat kamu memperlekehkan dia. jangan satu hari nanti kamu diperlakukan sedemikaian. Aku hanya akan tersenyum sinis ditepi melihat kamu nanti. Just wait...

Amboi, panas nampak. Sapa yang tidak panas bila nampak ada yang diperlakukan macam tu. Memang tak patut laa... Mahu dinasihat pon, payah. Pandai-pandaila terasakan kepedasan ayat ini yaa... Oppss... Kontroversi pulak nanti kan. Dah mahu pukul 12 tengah malam dah nie.. Time to tidurr... For you, don't sedih-sedih. Echa akan support dari belakang tuk tendang dorang.
Smile Always!

No cry-cry arrr



Annyong!!!

Goodbye, you!






Mengapa perpisahan sungguh menyakitkan, walaupun hubungan itu tidak seberapa baik? Perpisahan itu menyakitkan disebabkan timbul rasa kehilangan, bukan sahaja hubungan itu tapi juga perkongsian janji-janji dahulu. Hubungan yang romantic itu bermula dengan nada keterujaan yang tinggi dan harapan untuk masa depan. Setelah hubungan itu gagal, akan timbul rasa kecewa, stress dan kadang-kala dendam….Perpisahan menyebabkan segalanya berubah. Segalanya terganggu: rutin harian dan tanggungjawab, hubungan dengan keluarga dan kawan terganggu, even identity diri turut terjejas. Ia juga menyebabkna diri tidak yankin akan masa depan yang cerah. Apa akan jadi tanpa si dia? Dapatkah mencari pengganti yang lain? adakah diri akan keseorangan? Semuanya jadi tanda tanya dan mungkin bertambah teruk jika dibandingkan dengan perhubungan yang hamper retak.Sembuh daripada perpisahan amat rumit. Namun, penting untuk memulakan langkah baru. Tapi, semua bergantung pada masa, jadi cuba untuk bersabar dan tabah.




  •         Kata pada diri ‘ok’ untuk ada perasaan yang berbeza
Normal untuk rasa sedih, marah, exhausted, frustrated dan keliru. Semua boleh diubah. Diri mungkin akan rasa blur-blur akan masa depan. Terima segala reaksi seperti ini dan diri akan ‘immune’ jika diberi masa.
  •       Beri masa untuk diri berehat
Bagi masa untuk berfungsi seperti biasa. Macam yang dikatakan tadi, semuanya bergantung pada masa. Sekejap atau lama, bergantung pada nekad diri untuk berubah. Tiada orang seperti superman atau wonder women; bagi masa untuk berubah, bersosial bersama rakan.
  •        A shoulder to cry
Jangan alami situasi ini bersendirian. Kawan dan keluarga. Ya, mereka mampu membantu. Kongsi perasaan dan luahkan segalanya. Menangis la sepuasnya, agar tiada lagi tersisa. No men is an island, right? Live yourself laa!!



~friends, is what u need~