!| ~Tentang Dia~ |!: A day before holiday!

A day before holiday!

Assalamualaikum~

Tak lama lagi cuti CNY bermula. Tak sabar la pulak mau balik. Pada asalnya, memang tak mau balik pon. Sapa la yang ada kat rumah tu??? Tapi, disebabkan Pakcik tercinta da sponsor segala belanja untuk balik, Echa balik jaa laa.

Sebenarnya, tak da benda sangat yang Echa nak tulis. Memang banyak benda yang jadi dalam beberapa hari ini. Banyak ragam yang mampu dilihat. Ada yang menyenagkan hati, ada yang menyakitkan hati. ish3x. Malas la mau kupas benda-benda yang bikin sakit hati tu. Bukan pandai nak sembuh pon kalau dihebohkan. Biasalah tu, lain orang, lain cara dia. Lain orang, lain hati dia. Mana kita nak tahu. Orang nak dok cakap benda-benda yang menyakitkan hati, biarlah dia.Layan sangat karenah dia, terbluetooth nanti emosi tu pada diri. Kang palpasi tak habis-habis. Tak pa, dia free-free dapat DOSA, kita free-free dapat PAHALA. Biarkan jaa la budak macam tu. Bukan dapat naikkan pointer exam pon!
Dah, jangan biarkan haba kepanasan melarat sampai ke hati. Istighfar....

Okay, change TOPIC!

Cakap pasal cuti nie, bukan dapat bercuti pon. Assignment melambak tak tentu pasal! 1 minggu cuti dengan assignment la. Tapi, apakan daya(ceh, ayat~) dah diri berstatus STUDENT. Rela jaa la. Apa-apa pon, that day is coming. 14 Feb, bukan valentine, bukan special birthday sapa-sapa pon. Hanya Echa yang tahu. Hanya Echa tahu akan permulaan dimana saat hidup hilang tempat bergantung. Ish, sedih tak tentu pasal pulak.
Dah-dah. Cukup la setakat ini kali ini.

Annyong!

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..