!| ~Tentang Dia~ |!: January 2013

Hard for me to say i'm sorry

S. O. R. R. Y.,


mempunyai makna tersendiri. Suatu ayat yang mudah untuk diucapkan, susah untuk dihayati serta mengucapkannya dengan ikhlas.
Muncul SORRY dari mana? Dari kesalahan diri sendiri, dari mulut sendiri. Bak kata pepatah, kerana mulut, badan binasa. Asyik dengan dunia, lalai dengan hiburan jenaka, hingga alpa akan perasaan orang sekeliling.

S.O.R.R.Y

Mungkin bukan asalnya dari kesalahan diri sendiri. Dari situasi. Situasi?? Sebagai contoh, si kawan begitu meminati si teman. Bertegur sapa seharian, berbalas senyuman. Si kawan cuba untuk mendekati si teman. Si teman pula cuba sedaya upaya untuk menjauhinya kerana hanya menganggap si kawan hanyalah kawan sekelas. Tidak lebih dari itu, tidak kurang dari itu. Hanya kawan.
Bila si teman cuba jauhkan diri dari si kawan, banyak agenda-agenda yang kurang menyenangkan berlaku. Banyak desas-desus berdesing. Banyak andaian diramal. Sungguh membebankan untuk keduanya. Si kawan dan Teman tahu, bukan salah masing-masing. Cuma si nyamuk ja yang membesarkan cerita itu dan ini, hinggakan mahu kata SORRY pon tak tahu macam mana.

S.O.R.R.Y.

mudah diucap, susah diterima....
ikhlaskan hati ketika melafazkannya..
terima kekurangan diri, rendahkan diri..
walaupun bukan kesalahan diri, cuba perbetulkan situasi,
Cuba untuk hidup secara positif...

In sha Allah, segalanya akan berubah tenang semula

LOL... with us!

'Okay, petang nie ada BK ja. Sebab lecturer sibuk urus audit'

Apalagi, kelas jadi haru biru la.. hahaha. Pagi tadi, kami diarahkan untuk mengisi kehadiran disetiap progaram ko-kurikulum yang kami ikuti pada semester lalu. Ya la, pasal mahu cepat, berebut berabis laa. Sometimes rasa tak puas hati tu ada juga pada yang gelojoh sangat tu. Tapi, bila tengok situasi, tak pa.. Dimaafkan. Asalnya petang tu kami ada amali buat CPR (hate it!). Tapi memandangkan ramai wkil KKM, SIRIM dan entah siapa lagi nak datang bertandang ke KSKB tu, kelas amali ditukar menjadi BK. Dapat tahu ja petang tu hanya BK, mulala perangai meroyan budak kelas tu keluar. Melalak entah apa-apa. Tapi, satu saja yang budak kelas nie terror nak uat petang-petang tu. Asal nama dia petang, mulala mau mencari port tidur. (hahaha) Boleh pulak dorang ni tidur dalam keriuhan pasar ikan tu... hahahaha

Okay, kenapa tetiba BK pulak? Audit tu pa benda?  Sebenarnya, kitorang dapat BK sebab lecturer sibuk urus dokumentasi untuk pengauditan esok. Pasal audit tu Echa tak tahu sangat. Da kaitan dengan dokumentasi la mungkin.

Dah free-free dapat BK, kitorang riuh la mengalahkan pasar ikan. Banyak gelagat yang dorang buat. Agenda utama yang sering dilakukan di petang hari of course la tidur~  Macam-macam gelagat ada.. hahahaha

dont forget to scroll down!!!

















Psstt.... I Love You!

Love atau Cinta suatu perasaan yang abstrak. Cinta memang susah untuk dirungkai dengan kata-kata. Kadang-kala ia datang dan pergi. Cinta sering datang tanpa diduga. Ia boleh datang secara tiba-tiba atau mengambil masa yang lama.






Mungkin semua pernah dengar akan cerita Kuch Kuch Hota Hai (cerita hindi sikit.. hehe). Apa yang anda dapat dalam cerita tu? Tak tahu? Jangan lupa tengok yer~ Cerita tu mengisahkan tentang percintaan yang berputik antara persahabatan. Memang nampak lawak tapi perkara ni memang sering berlaku dan yang utama dalam kehidupan orang disekeliling Echa.

Semuanya bermula dengan usik-mengusik antara rakan. Yala, dah namanya classmate, perkara tu memang sudah menjadi lumrahkan. Lagi-lagi apabila berdepan dengan geng TROLL di kelas tu. Dah menjadi lumrah setiap hari akan mengusik sesama sendiri, berkongsi cerita dan minat, dan sebagainya. Hari demi hari, cinta itu berputik (kata Hani, cinta berputik diabu-abu). Memang perasaan ini tidak diduga, susah untuk dihindar. Akhirnya, bermulala episod untuk mengenali hati budi masing-masing.

Ada pula mencintai dalam diam. Melihat dia bahagia, tersenyum, memang sudah cukup untuknya. Baginya cinta itu bukan hanya untuk memiliki. Dari jauh dia senyum melihat gelak tawa si kawan.Sungguh indah bagi nya. Walau geng-geng TROLL asyik mengusik dirinya, dia tahu akan kelemahan dirinya. Dia tahu akan kekurangan dirinya. Setinggi mana pun keinginannya untuk memiliki si kawan, tidak cukup untuk menandingi si teman.



Berbalik pada si kawan dan si teman, segalanya berterusan ketika musim cuti semester. Hai-hai, pa kabar? Lumrah harian bertanya khabar. Usikan tu wajib dalam seharian. (hahahaha). Tanpa disedari cinta itu disemai, dibaja segala. Senyummm sepanjang hari. Siapa yang pernah rasa cinta tahu la macam mana perasaan tu. 


Bermula semester, rindu yang terpendam terubat kembali. Melihat dia senyum, umpama disiram air sejuk ditengah hari (ayat tak boleh belah!). Bertegur sapa juga la. Tapi tidak senormal biasa. Macam Something Wrong ja. Mau bertatap pun, jantung berpalpasi (takikardia dah tu!). Menjadi persoalan hati, adakah si kawan sesuai untuk si teman? Haruskah si kawan terima isi hati si teman? Hanya si kawan yang tahu. Bibit-bibit cinta bermula, hanya mereka yang tahu.  Hanya ini yang Echa tahu. Biar masa yang menentukannya. Walau apapun, Echa sering titipkan doa agar perkara yang baik berlaku pada semua. Amin~


Hari perkumpulan kami!

Semalam merupakan sambutan Maulidur Rasul sedunia, iaitu 24 Januari 2013. Ermmm, public holiday tu! Holiday la sangat kan~. hahaha.. Okla, semalam memanglah officially public holiday tapi kami telah DIWAJIBKAN mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul. Walaupun dalam keterpaksaan, kami tetap pergi. Dengar2 Sir Nawi cakap (KP MA), wakil Malaysian Books of record datang. WHY? Menurut bisikan2 burung yang berkicauan, sekiranya penyertaan perarakan tersebut adalah 10 000 ke atas, akan masuk dalam Malaysian Books Of Record. Lebih kurang macam tu lah cerita burung-burung tu.

Kalau tengok tajuk macam tak sesuai kan dengan ayat-ayat kat atas? Hari perkumpulan? Memang hari perkumpulan sebab semua warga KSKB yang beragama islam turut serta dalam perarakan tersebut. Memang happening! Dari junior sampai senior, dari MA ke JP dan JM, dari pelatih sampai ke ketua program mengikuti perarakan tu. Kira perkumpulan jugak laa.

Macam biasa, waktu yang dijanjikan untuk menuggu bas ialah pukul 6 pagi. 6pagi? Tak ke awal tu? Memang awal dan kami antara yang TERAWAL dan TERSEMANGAT nak pergi perarakan. Dah sampai dataran merdeka Kota Kinabalu, semua orang serbu makanan (wajib tu~). Time2 makan tu, tak wajib tak ambik gambar buat kenangan katakan. Apa lagi, Tam and friends mulakan operasi. Actually banyak lagi gambar tu, tapi yg nie je yang dapat di kongsikan.


~With them~



Say cheese!!




It's me!

Perarakan tu bermula sekitar pukul 7.30 pagi macam tu la dan sampai ke destinasi sekitar pukul 8 lebih. (tak clear sangat pasal waktu sebab excited lebih).


Bye2 Pressure!


L.O.V.E

Minggu ni memang penuh dengan PRESSURE. Banyak macam hal yang terjadi, banyak macam hal yang kena urus. Tapi minggu ni memang minggu paling bersejarah dalam hidup Echa. Well, dah suratan Illahi. Kena redha dengan apa yang di tentukan.

Cukup dengan khutbah tadi, Echa nak cerita sikit hal semalam. Ya la, dah hilang wallet takkan terus tidur kot? Ada drama dan airmata? Tak, tak. Lepas jumpa balik wallet tu, kitorang plan balik la nak jenjalan. Tapi, kitorang bawa sorang lagi classmate, shasha. Next destination, Tanjung Aru Beach!

Poss sikit..

We are cute!~

Err... no comment



Girls and their wallet!


Bagi lelaki dompet atau wallet itu sekadar simpan duit, kad bank dan gambar sekeping dua. Tapi, bagi wanita wallet itu bagai dunia dia. Hilang sahaja wallet gelap gelita dunia dia walaupun untuk seketika. Semua sudah maklum yang wanita ni suak bawa apa sahaja dalam wallet atau beg. Apa dalam kandungan dia tak perlu lah Echa terang kan. Paham-paham sahaja. hahaha

Kenapa tetiba pulak nak buat entry pasal wallet nie? ada apa-apa masalah ka?



Memang bermasalah! haa.. Sini Echa nak cerita. Tadi maghrib lepas mandi bersihkan diri semua, housemate bawa lajalan-jalan release tension. Maklum la baru dapat LA dan tension gak la hadir kelas BI tadi. Boleh dikatakan BORING. Echa tak mau la komen panjang-panjang pasal kelas tu ek. Stret to da poing, Lepas ja dapat tahu nak jalan nie, Echa cepat-cepat la bersiap. Tapi solat dulula kan. Dah tu siap, memang masuk dalam hotak la yang wallet tu Echa ada bawa. Tak pikir apa-apa, Echa dan kawan-kawan pergi la jenjalan. Tapi sebelum tu pergi ambil air dulu. Water cooler tu letak dia kat Bandaran, KK. Lepas dah temankan housemate pergi ambik ( kira beli gak la ) air tadi, kami kira-kira nak singgah kat Wisma Merdeka lah. Dah dapat parking, kitorang happy sangat la nak jenjalan walaupun tak dak pulus. Kuar ja dari keta, baru Echa perasan yang wallet dah hilang.Echa dan kengkawan sibuk la cari wallet nie sampai nak selongkar kereta tu.
Tak dapat cari, pergi kol housemate kat umah pulak. Diana cakap tak dak. Adush macam mana nie?

Lepas tu, kami pergi la tempat ambik air tadi. Tak ada juga. Echa mula la gelisah. Ya la, dalam wallet tu macam-macam ada. I/C, kad bank, gambar-gambar, semuanya penting tu! Cara terakhir, pergi balik cari kat rumah. Dalam perjalanan tu, macam - macam Echa pikir. Segala prosedur nak urus benda tu menari-nari kat otak. Sampai kat tempat letak keta kat hostel, tak ada juga. Tempat terakhir hanyala satu. RUMAH. OTW nak naik rumah tu, Echa tengok mana tau dia tercicir dalam perjalanan ka. Memang gelisah nak pitam. Masuk ja dalam rumah, rupanya wallet tu jatuh kat bawa meja makan. Adush, macam ibu bertemu anak yang telah lama hilang! Diana pun terus jadi sasaran panahan mata Echa. Rupanya dia cek kat atas meja ja, bawah meja tak dipedulikan. Nak kena Diana ni. Apa-apa pun, akhir cerita Echa bertemu kembali dengan wallet kesayangan dia.



Moral of the story, kalau nak jalan tu jangan ingat excited ja. ingat benda-benda yang penting tu. Kalau takut sangat, bawa la beg ok. yang kecil pon tak pa asalkan bolh simpan wallet dan benda penting yang lain.
=)

Aku dan LA~

Gelak tawa pada hari itu rupanya mempunyai maksud disebaliknya. Mungkin kerana aku alpa atau memang itu kesalahan diri sendiri. 

Cukup dengan segala madah yang berhelah. Hari ini dalam sejarah aku mendapat LA! LA? okaylah. LA maksud dia Lampiran A. Lampiran A ni dikeluarkan hanya pada pelatih-pelatih yang bermasalah sahaja. Jika LA ini dikeluarkan hanya pada murid yang bermasalah sahaja, kenapa aku dapat LA? Ini ceritanya~

Tengah hari tadi, lepas ambil makanan di cawangan, kami serumah (kecuali Diana dan Cristy) balik ke asrama. Memang hari tu aku rasa something wrong lah. Lepas makan, kami lelapkan la mata seketika. Untuk charge battery katakan. Around 1.30 pm kami baru bangun dan bersiap untuk ke kelas. Sampai sahaja di depan gate pada pukul 2.04 petang, nasib 'menyebelahi' kami. KP tengah menunggu kami di kaunter hadapan. Debgan kelewatan 4 minit itu, kami pon mendapat LA.


Begitulah ceritanya. Apa-apa pun, memang itu semua salah kami. LEWAT datang ke kelas. Aku sedih juga la sebab ini first time aku dapat LA. Lagi menyedihkan benda ni telah membebankan Puan Emee. Maafkan saya puan. Aku tak tahu perlu bagi alasan apa lagi sebab kami memang dari hostel sahaja tadi. Azam baru, no more LA!

A week with them~

Baru minggu pertama? hahaha.. Mana ada.. Sebenarnya dari miggu lalu kelas dah start tapi sesi pembelajaran baru bermula hari ini. Oleh sebab minggu lalu sibuk sangat layan kawan yang dah lama tak jumpa ( adala dalam 1 bulan), tak sempat pula nak update belog nie. Minggu lalu merupakan minggu troll bagi Echa. Troll??? apa benda troll nie??? google jgn tak google.. hehe.. Minggu awal tahun baru nie semua orang datang dengan style baru, fesyen baru. Baru 1 bulan tak jumpa kot, dah tukar style 180 darjah?? tidakla dorang change style 100% kan.. Kat kelas tu bole kira ramaila non-muslim. So, lepas krismas semua tukar fesyen.. Korang sabo jela yee. Nanti ada yang datang bagi perkhidmatan potong rambut free. Hahaha... Lepas 1 bulan tak jumpa roommate and housemate nie, banyak crita yg timbul. mestila crita masa cuti kn?? Rasa rindu pon ada juga kat dorg nie tapi azam tahun nie to be more myself (betul ka tu).  Lepas 1 bulan tak cuti, jumpa jugak dengan jura (roommate), hani, ainie, christy dan diana (housemates). Pastu jumpa jugak dengan geng2 PL. Tam, farizal, shasha, jijul, noh, ryan n rudy. Banyak jugak la benda yang di bahaskan hari tu. Usik mengusik memang dah jadi lumrah alam bagi geng PL nie.. apa benda plak PL nie? Ooopss, sory, tak le bagitau.. hehe..

Ketika birthday Ainie (baju merah) tahun lalu



Geng PL!
(dari kiri) Noh, Tam, Rudy, Ryan



Puisi cinta islamik

yang nie Echa copy dr fb Hilal Asyraf (official)

Tidak aku bermain dengan frasa bakal imam,
bakal makmum,
bakal cikgu,
tidak aku bermain.

Madah hanya bermakna dengan perlaksaan perbuatan,
atau kata-kata hanya akan tinggal bicara,
kita mahu botol ubat yang berisi,
biar jadi penawar bukan penipu kepada jiwa.

Gerakkan dengan sikap,
tunjukkan dengan amal,
bermadahlah dengan benar,
bukan sekadar bicara mainan.

Pinang dengan bismillah,
maharnya al-fatihah,
dikaulah bakal imamku,
dikaulah makmumku,
kenanglah daku dalam sujudmu,
sampaikanlah rindu di dalam doamu,
cukuplah ayat-ayat ini,
buktikanlah dengan tindakanmu!

Jadilah yang selayaknya,
ini bukan main masak-masak gamaknya,
ini cerita untuk pimpin manusia ke syurga sana,
untuk bina ummah perkasa,
apa mungkin hanya dengan madah kosong,
tanpa amal yang sebenar-benarnya.

- Hilal Asyraf -
1954
010113
Gombak,
Malaysia

10 cara menenagkan hati




Betapa mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, tak sedikit juga yang keliru. Lihat saja apabila seseorang ingin mendapatkan ketenangan jiwa, sangup menghabiskan masa berjam-jam untuk berhibur sambil mengambil minuman keras. Tak sedikit yang menghabiskan wang ribuan ringgit untuk mendapatkan pil penenang. Sementara, ketenangan yang diperolehi hanya sebentar saja. Akibatnya bukan ketenangan jiwa yang diperolehi tetapi kerosakan dan kehancuran yang diterima.

Kehidupan setiap hari dengan berbagai-bagai masaalah menyebabkan seseorang mendapat stress, risau, bimbang, gangguan emosi dan kemurungan. Kehidupan yang mencabar, keperluan dan tuntutan kehidupan yang meningkat, kos sara hidup yang tinggi kesemuanya menyumbang kepada keadaan jiwa yang tidak tenang dan memberikan tekanan jiwa yang amat membimbangkan. Apabila keadaan ini tak dapat dikawal dikhuatiri berbagai masaalah yang akan timbul, dan kadangkala boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar batasan manusia yang sihat. Contohnya faktor bunuh diri, penderaan seksual, penyiksaan fizikal terhadap kanak-kanak dan pembantu rumah,membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan, hinggakan ianya boleh sampai keperingkat membunuh orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Hakikat sebenarnya, tak ada seorang pun boleh terlepas dari masaalah kehidupan. Itulah sunatullah yang berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat dan kedudukan takkan mampu menghalanginya.

Namun, Islam memberikan penyelesaian terhadap tekanan hidup itu agar jiwa menjadi tenang. Tak ada istilah stress atau kecewa bagi seorang Mukmin. Persoalannya Islam telah memberikan penyelesaian untuk menghadapi tekanan hidup. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

1. Membaca dan mendengarkan kitab suci al-Qur'an.

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

2. Menyayangi orang miskin.

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat orang di atas.

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, meskipun nampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang lebih rendah taraf kehidupannya dari kita, baik dalam segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Menjaga perhubungan silaturahim.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang memerlukan perhubungan sesama manusia, untuk bantu membantu sesama mereka. Berbagai keperluan hidup tak mungkin diperolehi tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silaturahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki . Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Banyak mengucapkan kalimah "la hawla wa la quwwata illa billah." dan berzikir kepada Allah. Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

6. Mengatakan kebenaran walaupun ianya pahit didengar.

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya dipengaruhi kegelisahan.

7. Sentiasa berlapang dada terhadap kecaman orang lain asalkan yang kita lakukan benar-benar kerana Allah.

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerena selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah s.w.t. iaitu Islam sebagai cara hidup. Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ianya akan menganggu ketenagan jiwa kita.

8. Tidak meminta-minta kepada orang lain.

"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadis Rasulullah s.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain, kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat jiwanya tidak tenang.

9. Menjauhkan diri dari berhutang.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w dengan tegas mengatakan yang bermaksud : “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!”
(Para sahabat) bertanya:" Bagaimana boleh terjadi seperti itu!"
Sabdanya :" Kerana hutang.”

Begitulah kenyataanya. Orang yang berhutang akan sentiasa bimbang dan risau, kerena ia akan didatangi oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Inilah salah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah s.a.w juga mengatakan dalam hadisnya yang bermaksud : “Hendaklah kamu jauhi hutang, kerena hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."

10. Selalu berfikiran positif.

Mengapa seseorang mudah stress dan jiwa tak tenang? Salah satu faktornya kerena ia selalu berfikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah s.w.t. berbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuat muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang mengembirakan. Ucapan yang mengembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang boleh jadi pelajaran? Dan bukankah disebalik kesulitan ada kemudahan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. :)



Post nie Echa copy and paste je dr Blog Zakir Asli  

Handbook 2013

Sebenarnya, yang nie Echa dapat dari post kazen kat fb. Dia cakap kawan dia yang bagi dia HANDBOOK nie. Echa rasa sesuai untuk dijadikan handbook untuk semua orang. 




HEALTH


Drink plenty of water.

Eat Breakfast like a king, 
Lunch like a prince &
Dinner like a beggar.

Live with the 3 E's--
Energy,
Enthusiasm &
Empathy.

Make time to pray.

Play more games.

Read more books than you did in 2012.

Sit in silence for at least 10 minutes each day.

Sleep for 7 hours.

Take a 10-30 minutes walk daily And while you walk, Smile.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

PERSONALITY



Don't over do. Keep your
limits.

Don't take urself so seriously. No one else does.

Don't waste your precious energy on gossip.

Dream more while you are awake.

Envy is a waste of time. You already have all you need.

Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present Happiness.

Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

Make peace with your past so it won't spoil the present.

No one is in charge of your happiness except you.

Smile and laugh more.

You don't have to win every argument, Agree to disagree.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

SOCIETY

Call your family often.

Each day give something good to others.

Forgive everyone for 
everything.

Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

Try to make at least three people smile each day.

What other people think of you is none of your business.

➰➰➰➰➰➰➰➰➰


LIFE

Do the right thing!

GOD heals everything.

However good or bad a 
situation is, it'll change.

No matter how you feel,
Get up, Dress up and
Show up.

When awake in the morning, thank GOD for it.

Your Inner most is always happy. So, be happy.

KEYWORD handbook ini ialah SMILE. Smile, senyum. Kerana dengan senyuman, hari kita bertambah ceria, stress berkurangan dan kekal berfikiran positif. Pengaruh orang sekeliling dengan watak ceria anda. =)