!| ~Tentang Dia~ |!: Aku dan LA~

Aku dan LA~

Gelak tawa pada hari itu rupanya mempunyai maksud disebaliknya. Mungkin kerana aku alpa atau memang itu kesalahan diri sendiri. 

Cukup dengan segala madah yang berhelah. Hari ini dalam sejarah aku mendapat LA! LA? okaylah. LA maksud dia Lampiran A. Lampiran A ni dikeluarkan hanya pada pelatih-pelatih yang bermasalah sahaja. Jika LA ini dikeluarkan hanya pada murid yang bermasalah sahaja, kenapa aku dapat LA? Ini ceritanya~

Tengah hari tadi, lepas ambil makanan di cawangan, kami serumah (kecuali Diana dan Cristy) balik ke asrama. Memang hari tu aku rasa something wrong lah. Lepas makan, kami lelapkan la mata seketika. Untuk charge battery katakan. Around 1.30 pm kami baru bangun dan bersiap untuk ke kelas. Sampai sahaja di depan gate pada pukul 2.04 petang, nasib 'menyebelahi' kami. KP tengah menunggu kami di kaunter hadapan. Debgan kelewatan 4 minit itu, kami pon mendapat LA.


Begitulah ceritanya. Apa-apa pun, memang itu semua salah kami. LEWAT datang ke kelas. Aku sedih juga la sebab ini first time aku dapat LA. Lagi menyedihkan benda ni telah membebankan Puan Emee. Maafkan saya puan. Aku tak tahu perlu bagi alasan apa lagi sebab kami memang dari hostel sahaja tadi. Azam baru, no more LA!

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..