!| ~Tentang Dia~ |!: Hari perkumpulan kami!

Hari perkumpulan kami!

Semalam merupakan sambutan Maulidur Rasul sedunia, iaitu 24 Januari 2013. Ermmm, public holiday tu! Holiday la sangat kan~. hahaha.. Okla, semalam memanglah officially public holiday tapi kami telah DIWAJIBKAN mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul. Walaupun dalam keterpaksaan, kami tetap pergi. Dengar2 Sir Nawi cakap (KP MA), wakil Malaysian Books of record datang. WHY? Menurut bisikan2 burung yang berkicauan, sekiranya penyertaan perarakan tersebut adalah 10 000 ke atas, akan masuk dalam Malaysian Books Of Record. Lebih kurang macam tu lah cerita burung-burung tu.

Kalau tengok tajuk macam tak sesuai kan dengan ayat-ayat kat atas? Hari perkumpulan? Memang hari perkumpulan sebab semua warga KSKB yang beragama islam turut serta dalam perarakan tersebut. Memang happening! Dari junior sampai senior, dari MA ke JP dan JM, dari pelatih sampai ke ketua program mengikuti perarakan tu. Kira perkumpulan jugak laa.

Macam biasa, waktu yang dijanjikan untuk menuggu bas ialah pukul 6 pagi. 6pagi? Tak ke awal tu? Memang awal dan kami antara yang TERAWAL dan TERSEMANGAT nak pergi perarakan. Dah sampai dataran merdeka Kota Kinabalu, semua orang serbu makanan (wajib tu~). Time2 makan tu, tak wajib tak ambik gambar buat kenangan katakan. Apa lagi, Tam and friends mulakan operasi. Actually banyak lagi gambar tu, tapi yg nie je yang dapat di kongsikan.


~With them~



Say cheese!!




It's me!

Perarakan tu bermula sekitar pukul 7.30 pagi macam tu la dan sampai ke destinasi sekitar pukul 8 lebih. (tak clear sangat pasal waktu sebab excited lebih).


No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..