!| ~Tentang Dia~ |!: June 2013

Nisfu Syaaban

Salam...

Sebelum menempuh bulan Ramadhan, Syaaban datang menjenguk para muslimin.
Dan para muslimin dan muslimat pasti tahu akan Nisfu Syaaban.
Korang tau tak apa Nisfu Syaaban? Jom, Kita bincangkan disini.

Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan syaaban. Umat islam percaya bahawa pada malam nisfu syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. 
Malam nisfu syaaban merupaka malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. 

Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatat pada buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghhrib (15 syaaban bermula pada 14hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)

p/s::Bagi keluarga orang pula, kami akan melakukan kenduri doa selamat sempena bulan Ramadhan dan nisfu syaaban..

Selamat hari bapa, Pa~

Semua orang sibuk memikirkan hadiah apa untuk bagi ayah mereka. Maklumlah, tak lama lagi hari bapa sedunia. Alyssa hanya melihat dari jauh keriuhan itu. Untuk apa lagi dia mengusutkan fikiran pasal benda tu semua? Alyssa tersenyum sendiri. Senyum? Hambar rasanya dihati. Kenangan lama bermain diminda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 10 tahun..

"Kakak! Cepatlah. Tak lama lagi bapa dah nak balik." Alyssa menarik tangan Aina, kakak Alyssa yang tua 3 tahun darinya untuk masuk ke rumah.

"Nak apa? Aku penat ni.."

"Bapa tak lama lagi nak balik dah"

"Jadi?"

"Jadi??! Kan hari ni hari bapa. Mesti ada hadiah!"

"Oh, ya. Apa hadiah kau?"

"Tak tahu. Aku mana ada duit mau beli hadiah."

"Masa hari ibu dulu ada pula duit kau belikan mak teko. Takkan kali ni tetiba tiada?"

"Itu masa aku ada duit la. Lagipun teko tu harga 2 ringgit ja pon. Macam mana ni?"

"Tu la kau. Hari bapa boleh pula kau lupa. Tengok, aku ada beli bunga tadi kat sekolah" Aina senyum meleret. Alyssa memasamkan muka.

"Aku mana?"

"Beli la sendiri!" Aina masuk ke dalam bilik. Alyssa sempat mencebik melihat Aina. 'Apa aku nak bagi nie?'. Mata Alyssa tertumpu pada kad manila di atas meja. 'Baik aku buat kad saja'. Tangan Alyssa lincah mengambil kad manila dan memulakan operasi.

" Kau buat apa?" Noryn, adik Alyssa berdiri disisi Alyssa.

"Aku buat kad. Buta ka?"

"Kalau aku tau tidakla aku pergi tanya kau! Untuk siapa?"

"Bapa"

"Bapa? Hari jadi bapa kan lama lagi"

"Bising la kau! Kan hari ni hari bapa. Salahkah aku buat?"

"Panas pulak dia. Aku mau jugala"

"Alang-alanglah sekali kat sini. Macam tak cukup kad ni untuk buat dua"

Alyssa menyambung kerjanya yang terbengkalai. Noryn tak payah layan sangat. Menyakitkan hati ja. Memang Alyssa dan Noryn tak sekepala. Ada saja yang tak kena.

"Siap!"

Alyssa mengibar-ngibar kadnya di udara. Aina dan Noryn bergegas ke arahnya. Kad bertukar tangan.

"Besa ja pon"Aina mengomen

"Memang la besa ja. Fikir aku ni otak kreatif ka?"

"Tau tak pa" Noryn menyindir. Alyssa sempat menjeling ke arah Noryn.

"Tau la. Nanti bapa datang kau bagi ya Noryn"

"Kenapa aku? Bukan kau ja yang pi bagi?"

"Errr, aku dah penat buat. Kau... Kau bagi la pula. Kata untuk kita dorang??"

"Oh, ok"

Melihat bapa datang ke rumah, Alyssa segera menyibukkan diri. Kononnya pergi kemas buku di bilik. Apabila Aina dan Noryn memberi hadiah, Alyssa hanya melihat dari tepi pintu sahaja. Bukan niat tak nak bagi, cuma Alyssa rasa kekok apabila berdepan dengan bapa sendiri. Alyssa pun pelik sendiri. Memang sejak kecil dia tidak rapat dengan bapanya berbanding abang, Aina dan noryn yang rapat dengan bapanya. Apabila berkumpul diruang tamu, Alyssa selalu berdiam diri mendengar mereka berceloteh. Kekok rasanya apabila ada bapa.

Alyssa masuk semula ke bilik apabila melihat Aina dan Noryn dipeluk oleh bapanya. Dah lama tak rasa pelukan ayahnya. Cemburu pula..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 12 tahun

"Mak minggu depan Alyssa ada perkhemahan"

"Perkhemahan? Bila?"

"Hari jumaat. Ahad tu Alyssa balik daa"

"Oh. Alamak, mak tak dapat la nak bantu"

"Kenapa pulak?"

"Selasa depan kan mak masuk wad balik. Tak dapat la nak bantu Alyssa kemas barang."

"Oh, tak pa. Orang boleh jaga diri. sikit ja pon barang yang kena bawa"

"Kalau ada yang kurang, pergi bagitau bapa. Minta dengan dia" Alyssa melihat mak yang sedang mengusap-usap kepalanya. Bapa?

"Errr, nantila. Alyssa minta dengan Aina ja nanti."

Alyssa menghitung hari. Macam mana nak urus semua ni? Mak pula nak masuk wad pula. Alyssa mengeeling sekilas wajah mak. Wajah mak dah pucat, tak berseri macam dulu. Penyakit buah pinggang yang dialami mak merisaukan mereka sekeluarga. Macam mana nie? Tak pa, Aina kan ada.

Setelah Mak berada di hospital dua hari lepas, Alyssa sibuk menyiapkan barang untuk perkhemahan di sekolah esok.

"Alamak, sabun dan syampoo belum beli lagi. Aina!"Alyssa memanggil Aina yang khusyuk menonton tv diruang tamu. Melihat Aina yang tidak bergerak langsung, Alyssa terpaksa kejutkan Aina daripada dunia tv nya.

"Apa kau nak ?"

"Sabun dan syampoo aku belum ada lagi"

" Pergila beli. Beli sabun yang seringgit ja dan syampoo yang 30 sen tu. Bukan lama pon ko disana kan?"

"Betul jugakan. Hehehe" Alyssa duduk sebelah Aina menonton tv

"Tapi, masa aku dulu berkhemahkan, bapa siap belikan aku satu set produk Johnson Baby . Yang dalam beg kecil tu. Cuba kau minta dengan bapa, mungkin bapa belikan macam aku juga"

Cemburu meresap dalam diri Alyssa.

"Tak pa la. Malas la aku. Aku minta pun bukan bapa bagi pon."

Alyssa membawa diri mengemas barang semula. Cuba untuk mengosongkan fikiran. 'Aina anak kesayangan. Biasa la tu.' desis hati Alyssa.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 15 tahun

Sejak mak pergi meninggalkan mereka, semua beban kerja jatuh ke bahu Alyssa. Aina tak dapat membantu kerana terpaksa mengambil kursus jahitan atas pelawaan ibu angkatnya. Cuci pinggan, basuh baju, kemas rumah, memasak, semua perlu diselesaikan. Apa lah yang boleh dilakukan oleh budak berumur 15 tahun.

"Bapa rasa baik bapa kahwin. Boleh bantu kamu buat kerja dirumah" Semua terdiam. Alyssa tercengang. Bapa mau kahwin lagi? Dengan siapa?

"Tak nak!" Abang membantah.

"Untuk kebaikan adik-adik kau juga nanti. Kau tak rasa kesian ka dengan dorang?" Alyssa cuba untuk tidak mendengar perbincangan itu. Cuba untuk hidup didunia sendiri.

"Ok, kalau bapa nak kahwin, kahwin. Tapi aku takkan pergi majlis itu."

Alyssa melihat kedua-dua wajah tersebut. Apalah akan jadi lepas ni?

Tak lama kemudian, bapa kahwin. Wanita yang bapa kahwin familiar sangat. Patutlah Abang tak sokong. Rupanya wanita itu, Suraya, rakan sekerja abang.

"Kau pergila tanya apa yang patut dibuat?" Noryn menolak-nolak Alyssa ke dapur. Kelihatan Suraya memotong sesuatu untuk dimasak.

"Apa  pulak aku? Lagipun apa aku nak panggil dia?"

"Sebab kau kakak dari aku dan kau panggil la apa saja."

Sedang Noryn dan Alyssa saling bertekak di pintu dapur, Suraya mendekati mereka

"Kenapa ni?" Suraya pelik melihat gelagat dua beradik itu. Noryn terus menolak Alyssa kehadapan. Nak kenakan orang la tu.

"Errr, mak cik perlu bantuan?" Mak cik? Mana-mana ja la.

"Tak pa, pergi la tengok tv kat depan" Alyssa dan Noryn terus berpusing menuju ke ruang tamu. Nak melepaskan diri.

---------------------

Bapa mendekati Alyssa dan Noryn yang khusyuk menonton tv.

"Kamu bergaduh lagi ka tadi?" Alyssa yang sedang makan keropok terhenti. Kepalanya terus berpaling pada bapanya sebelum melihat kelibat Suraya di dapur. Perasaan tak puas hati membara dihati.

"Biasala tu. Macam Pa tak kenal kami berdua ni. Bapa sendiri cakap, macam anjing dan kucing. Tak boleh berjumpa langsung." Alyssa menjawab dengan malas. Ada yang tak puas hati ni.

"Cuba kamu hentikan sikap tak baik tu. Dah besar tapi perangai macam budak-budak. Kesian la sikit dengan mak tiri kamu tu. Dia baru saja dengan kita, tapi dah rasa tekanan yang amat sangat."

'Ni yang aku tak suka ni' desis hati Alyssa

"Ni, Alyssa yang cari pasal dulu"Noryn cuba menyimbah minyak atas api yang panas.

"Kau cakap bebaik sikit ya. Kalau bukan pasal kau rosakkan kalkulator aku, tak la aku pergi mengamuk sana!"

"Eh, dia yang rosakan, orang pula disalahkan"

"Dah kau yang pakai, kaulah yang rosakkan!"

"Dah! Pening kepala aku nak layan korang berdua. Cuba bawa berbaik sikit. Mak kamu tu dah sakit kepala melayan karena kamu tau!" Mak? Layakkah?

"Lagi satu, panggil dia Mak. Bukan makcik. faham!" Bapa masuk ke dalam bilik. Alyssa terus hilang selera nak menghabiskan keropoknya. Tak pasal-pasal aku kena marah.

--------------------
Kepergian Abang ke rahmatullah menambah kesunyian yang dialami Alyssa. Abang meninggal di rumah bapa saudara Alyssa. Masih terngiang-ngiang lawak jenaka yang sering abang lakukan. Alyssa yang menjaga abangnya dirumah sebelum pindah ke rumah bapa saudara untuk mendapatkan rawatan tradisional. Apa penyakit abang pun, Alyssa tak pasti. Alyssa tak yakin sangat dengan kata-kata orang kampung. Cliche sangat.

Alyssa menunggu bapa menjemputnya dari sekolah

"Apa pandangan Alyssa tentang Suraya?"

Bapa memulakan perbincangan sebaik sahaja kereta dipandu ke jalan raya. Alyssa membuang lamunan ke luar. Terasa pokok-pokok koko diluar lagi cantik berbanding topik yang bapa nak bincangkan. Alyssa melepaskan keluhan berat.

"Ok ja pon"Alyssa menjawab dengan malas. Sangat tak suka topik itu.

"Layanla dia dengan baik. Kesian dia terpaksa tinggalkan kakak dia dan tingaal dengan kita"

"Dah kahwin mestilah tinggal tempat suami"

"Dia nangis tau masa tinggal kat rumah kita. Dia kata tertekan dengan kamu berdua. Layanla dia dengan baik"

Alyssa rasa menyampah. Apa yang nak ditekankan sangat tentang dia dan Noryn? Dah besar, pandailah jaga diri. Masih terngiang ditelinga Alyssa apabila Noryn mengadu dicubit oleh Suraya sebab lambat keluarkan sayur daripada peti ais. Perasaan sakit hati membara lagi.

"Tengoklah" Alyssa menamatkan perbincangan. Memang dialog Alyssa dan Bapa tak pernah panjang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 18 tahun

Setelah pemergian arwah abang, Alyssa sekeluarga berpindah ke kawasan tempat tinggal bapa saudara. Tempat keluarga arwah mak. Ketika itu, Alyssa tinggal di rumah pakcik Majid, adik Mak. Aina pon dah kahwin, dengan calon pilihan keluarga. Melihat gelagat keluarga mengurus perkahwinan tersebut, Alyssa trauma nak kahwin dengan pilihan keluarga.

Sejak berpindah, kesihatan ayah merosot. Bapa baru saja keluar daripada wad. Bapa dijangkiti penyakit TB dan penyakit itu dah sampai pada tahap yang teruk. Alyssa masih berkira-kira nak ke KL atau tidak untuk bekerja.

"Pergi ja la. Nanti senang kau mau sambung sekolah"

Itu saja yang bapa katakan. Dengan berat hati, Alyssa pergi ke KL juga, tempat Aina tinggal.

Sampai di KL...

"Bapa ok tak?"Alyssa terdiam. Perasaan serba salah menyelubungi diri.

"Ok"

"Kau tau tak, hari ni aku ada pecahkan pinggan  tau. Sebelum ni pernah juga. Orang tua-tua cakap petanda buruk tu"

"Jangan mengarutlah. Percaya sangat benda karut macam tu"

"Karut tak karut, aku tak kisah. Tapi aku rasa tak sedap hati la"

"Apasal pulak?"

"Tak tahu. Tapi rasa macam ada benda tak baik nak jadi ni"

Alyssa terdiam. Petanda buruk? Ya Allah, jauhkanlah malapetaka dari keluarga kami.

Baru 3 miggu di KL, Alyssa dan Aina harus pulang ke kampung kerana bapa tengah nazak. Ini lah petanda buruk yang Aina katakan?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aina dan Alyssa membersihkan bapa dengan membuang pampers serta memandikan bapa. Petang itu, Alyssa menjaga bapa sendirian. Sedang Alyssa mengurut tapak tangan bapa, tiba-tiba tangan itu menggenggam tangannya. Setelah sekian lama, baru hari itu Alyssa rasa genggaman tangan bapa. Air mata mula bergenang di mata.

"Bila keputusan SPM keluar?"

Bapa bertanya dengan suara yang perlahan. Terasa kepayahan beliau. Alyssa membalas genggaman bapa.

"Tak lama lagi, pa. Ada dalam sebulan lagi. Bapa tunggu ya"

Air mata mengalir di pipi. Seego mana pun Alyssa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun Alyssa jarang berkomunikasi dengan bapa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun Alyssa sering menjauhi bapa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun bapa tengah nazak, bapa masih memikirkan Alyssa. Air mata mengalir lagi. Langsung genggaman itu Alyssa lepaskan dan terus beredar menuju ke belakang rumah. Tak sanggup rasanya melihat bapa dalam keadaan sedemikian.

Setiap malam tidur Alyssa ditemani air mata. Namun, Alyssa cuba untuk bersembunyi. Entah, keegoaan Alyssa amat tinggi untuk menyatakan sayang pada bapa.

Tiga hari kemudian, kesihatan bapa bertambah teruk. Malam itu, dibacakan Surah Yassin untuk bapa. Alyssa yang melihat keadaan itu terus melarikan diri kebelakang rumah. Air mata mengalir lagi. Dalam kesunyian malam, air mata menjadi peneman Alyssa. Tak sanggup rasanya kehilangan seorang bapa.

Namun, ajal maut ditangan yang Maha Esa. bapa meninggalkan Alyssa dan yang lain pada pagi itu. Alyssa hanya memerhati dari jauh melihat tubuh bapa dimandikan. Tiada lagi air mata. Alyssa ingin menangis, tetapi air mata berdegil tak nak keluar. Melihat tubuh kujur bapa diiring mrnuju tapak perkuburan, empangan air mata akhirnya pecah. Namun Alyssa menangis tanpa suara. Terasa sakit didada tak terkira. Bapa tempat bergantung telah meninggalkan Alyssa.

Maida, sepupu Alyssa datang menghampiri Alyssa yang sedang mengelamun di tepi tingkap.

"Dah la tu. Doakan saja dia"

Alyssa memandang wajah Maida. Senyuman hambar diukir. Masih terngiang kata-kata sepupunya itu.

"Sejak kau pergi KL hari tu, bapa kau asyik cari kau saja. Bukan Aina, bukan Noryn atau mak tiri kau. Hanya kau yang dia cari. Mungkin dia rindu dengan kau."

Pa, bapa rindu Alyssa? Maaf pa sebab terlalu ego dengan perasaan Alyssa. Alyssa ego untuk katakan Alyssa sayang bapa hingga bapa pergi. Maafkan Alyssa, pa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini~

Setiap malam, Alyssa mengalirkan air mata. Gambar Bapa disimpan dibawah bantal untuk tatapan setiap malam. Alyssa cuba untuk kuatkan hati untuk mencapai cita-cita yang diidamkan oleh bapa.

Hari itu, Alyssa pergi menziarahi kubur arwah bapa.

"Pa, Alyssa minta maaf sebab dah lama tak jenguk bapa disini. Jangan risau pa, Alyssa dalam keadaan yang baik. Alyssa masih belajar ni. InsyaAllah, dalam dua tahun lagi, Alyssa akan jadi MA. Kerja yang bapa nak kan. Pa, Alyssa penat dengan karena orang sekarang pa. Kadang-kadang Alyssa rasa nak putus asa. Tapi, setiap kali perasaan putus asa itumuncul, tiba pula bisikan yang bapa katakan dulu. Bapa cakap, jadilah orang yang berjaya. Walau sesukar mana, seteruk mana hinaan orang lain, biarkan saja. Yang penting, pada akhirnya Alyssa berjaya. Ya, Alyssa pegang kata-kata itu. Pa, Alyssa rindu sangat dengan bapa. Hari ni hari bapa. Rasa macam lain pula kan tak ada Aina dan Noryn. Mereka bahagia dengan keluarga sendiri. Cuma Alyssa saja belum ada keluarga. Pa, Alyssa doakan yang bapa selamat disana. Selamat hari bapa, Pa"

Air mata mngiringi kata-kata Alyssa. Naumun, hidup harus diteruskan. Alyssa duduk seketika di pusara ayahnya sebelum pulang. Sempat dibisikkan kata-kata di batu nisan bapa,

"Selamat hari bapa, Pa"



Apa kata hati?

Part 1

'Kringg!!'

Semua pelajar melepaskan keluhan berat. Tak tahu samaada keluhan lega atau keluhan tak puas hati.

"Akhirnya, semua dah selesai!"

 Ya, semua sudah selesai. Penat lelah selama beberapa minggu sudah berakhir. Mata coklat itu meliar mencari rakan-rakan disebalik himpunan pelajar yang tak sabar nak balik rumah. Maklumlah, cuti menanti.    Senyuman meleret diwajah apabila melihat Hanna , Farhan dan Joshua berjalan menuju ke pintu utama tempat  Sara berdiri.

"Hoi! Apa ni senyum-senyum? Angankan orang kat kampung ek?"

"Amboi, bahasa kau tu Josh murni sangat mengalahkan orang politik! Hei, orang ada nama daa", Hanna dan Joshua bertekak lagi. Selalu ada saja yang tidak dikena antara mereka berdua. Sara dan Farhan senyum sesama sendiri melihat gelagat mereka.

"Dah la tu. Orang lain dok gembira exam dah habis. Yang korang berdua ni sempat lagi bertekak." Sara cuba leraikan Hanna dan Joshua yang tak ubah macam kucing dan tikus.

"Betul tu. Dah la cuti lama nanti, korang masih pulak nak gaduh. Kang ada yang rindu pulak. Hahaha", Farhan ketawa sambil melihat muka Hanna yang tunjuk muka meluat.

"Aku nak rindu kat Josh? Tak pernah mimpi pon"

"Betul ka? Tapi aku pernah mimpi tau yang kau rindu kat aku. Kau siap nangis-nangis lagi"

"Hei! Cakap bebaik tau. Kau tu otak kotor sangat sampai mimpikan orang. Hish, tak sanggup aku tau nak bayang"

"Jangan nak bayang la cik Hanna oi. Orangnya ni haa, kat depan kau dah"

"Tolong sikit ek. Aku bagi penumbuk baru hang tau!"

"Amboi, ganas tak kena rupa"

"Dah la tu. Korang fikir aku dan Farhan kat sini nak tengok korang gaduh ke? Tak da masa la."

Hanna dan Joshua terdiam. Jarang sangat dorang tengok Sara naik angin. Muka selalu tenang dan sering senyum. Tapi kalau dah panas, lelaki sendiri boleh terdiam. Hanna masak sangat dengan angin Sara tu.

"Sorry Sara, tak sengaja. Kau janganla marah ek?"

"Ya Sara, minta ampun"

Sara tergelak melihat gelagat Joshua yang meminta ampun macam nak raya. Tak jadi paln nak takutkan dorang.

"Sara dah mengamuk baru tau nak minta ampun. Apa daa. Ni, esok engkau jadi tak ikut aku dan Josh balik esok? Jangan kata tak jadi pulak. Aku dah belikan kau tiket tau Hanna."

"Dah tau orang satu kampung dengan dia nak tanya lagi. Mestila jadi. Fikir aku ni berani ke nak balik sendiri macam Sara ni?"

Semua mata tertumpu pada Sara.

"Kau ok tak balik sendiri ni, Sara? Risau pulak aku."

"Betul kata Farhan tu. Kau tak takut ke?"

Hanna sokong Farhan. Joshua pula terangguk-angguk sampai makan pisang goreng. Entah darimana dia dapat benda tu.

"Aku ok la. Korang tau kan yang aku suka balik sendiri. Jangan risaula"

"Tapi,  " Sara memotong ayat Hanna

"Tak da tapi-tapi. Dah, aku nak balik kemas barang. Hanna, nak ikut tak?"

"Yala. Korang jangan tinggalkan aku esok tau!"

Farhan dan Joshua mengangguk sambil melihat Sara dan Hanna pergi mengejar bas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sara mengemas meja sambil menyanyi. Asyik sangat sampai lupa yang ayah dia, Encik Anuar bertenggek di tepi pintu melihatnya.

"Amboi, apasal tak ikut AF?"

Sara tersentak. Hampir jatuh pinggan ditangannya. Sara menarik nafas panjang sebelum merenung tajam ayahnya.

"Ayah, kalau Sara ikut AF ayah bagi ke?"

"Huh. Kalau dah tak nak jumpa ayah, pergi la" Encik Anuar duduk sambil melihat anak gadisnya bercekak pinggang. Satu-satunya kenangan yang arwah isterinya tinggalkan. Langsung tak ubah wajah mereka. Mata coklat yang tajam renungannya, kulit sawo matang, lesung pipit di kedua belah pipi menambah seri anak gadisnya itu. Lamunan encik Anuar terganggu apabila Sara bersuara.

"Tau tak pa. Ayah tu bukan Sara tak tau. Anti gila dengan rangcangan macam AF tu, tapi lagu-lagu dorang ayah layan juga. Tak faham Sara tau"

"Yang tau lain cerita." Sara mencebik sebelum meneruskan kerjanya.

"Sara"

"Ya ayah"

"Mak Long cari Sara"

"Mak Long? Bila pula Sara ada Mak Long?" Sara berpusing melihat Encik Anuar. Setahu Sara, Encik Anuar anak tunggal . Sejak bila ayah ada kakak ni?

" Budak ni, nak kena ketuk kot. Mak Long la, Mak Anisa. Macam mana boleh lupa ni?"

Sara menepuk dahi. Apa nak jadi dengan aku ni? Mak Long, sepupu ayah. Dah masuk tahap nyanyuk dah ni.

"Sorry, ayah. Orang lupa. hehe, Mak Long cari Sara ek? Kenapa?"

"Orang rindu kot."

"Macam lain je? Ada apa-apa ka ayah?"

"huh? Err, entah. Nanti Mak Long datang Sara tau juga nanti."

"Ayah, jangan bikin suspen."

"Bye"

Sara tercengang melihat Encik Anuar meninggalkan dia. Apa ni?


Hidung berdarah???

Salam...

Korang pernah mengalami hidung berdarah tak? Orang kena lagi pagi tadi, sampai pitam jadinya. Orang selalu tau, dari kecik lagi.
Parents cakap keturunan sebab keluarga sebelah bapa termasuk bapa selalu berdarah hidung.
Sebelum orang bek tau petua dia, orang kenalkan dulu benda alah ni.


Hidung berdarah atau epistaxis berlaku apabila salur darah halus dalam lapisan sel pelapik  hidung pecah. Lapisan tersebut amat lembut dan terletak dekat dengan permukaan. Oleh itu, mudah untuk salur darah tersebut pecah.

Antara faktor penyebab epistaxis ialah
  1. salur darah dalam hidung yang sensitif : ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas dan kering
  2. jangkitan, samada pada hidung, tekak atau sinus
  3. Selsema
  4. Alahan seperti kutu habuk
  5. Hidung terhantuk/trauma
  6. Tekanan keterlaluan , biasanya berlaku serentak dengan sembelit (opps!)
Banyak lagi penyebab dia tapi orang bagi sikit ja.
Antara kaedah rawatan apabila mengalami epistaksis ialah

Buat camni tau!
  1. Bernafas seperti biasa tetapi guna MULUT. Elak bernafas guna hidung
  2. Jangan hembus udara kuat menggunakan hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk atau bersin untuk elak berlakunya pembekuan darah
  4. Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. Jangan baring!
  6. Beri tekanan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberikan pada bahagian rawan selama 10 minit
  7. Sekiranya pendarahan masih berterusan, rujuk ke klinik berdekatan tau. Dengan segera!
Orang rasa macam nak pitam mungkin sebab orang hembus darah tu kuat2 kot. 

Ok la, ni ja yang orang boleh bagi. Ingat, jangan dok sumbat hidung guna DAUN SIRIH sebab boleh sebabkan pembekuan darah kat rongga hidung.

Thanks!

Desas-desus holiday!

Salam...

First of all, happy holiday for me!!! Ahahaha... Besalaa, orang dah cuti 1 bulan. 1 bulan pon dah cukup untuk rehat dan tenangkan fikiran. Nak tenang apakan kalau dah nak dekat pertengahan bulan dah.. Ish3x...

Cakap pasal pertengahan bulan nie, sepatutnya 16 haribulan nie orang ada ujian fizikal pengambilan konstabel wanita. First orang excited jugala dapat tawaran tu tapi bila difikir-fikir lagi, macam tak perlu pergi laa.. Bukan orang tak suka nak jadi polis, orang suka tau. Lagi best rasanya berbanding jadi MA (medical assistant). Nampak ja orang konon-kononnyala ayu dekat luar, pendiam, anti-social, tapi sebenar-benarnya orang berjiwa tomboy tau! Bukan tomboy yang 'tomboy' tu. Orang suka yang aksi-aksi sikit, walaupun stamina tak la kuat sangat. Ni side effect tengok cerita-cerita ganas la ni. Tapi kan, walaupun orang berjiwa sedemikian (ayat~~ tak le blah), orang fikir juga masa depan. Yalaa, orang dah nak masuk semester 3, habis belajar nie, InsyaAllah akan jadi MA U29. Kira macam buang masa la kan nak sia-siakan 1 tahun bertungkus lumus sampai takut nak tidur time nak exam. So, orang tolak la tawaran tu. Kalau tawaran tu datang awal sikit, confirm dah ambil daa. Maaflah kakak and kazen, orang tetap dengan pendirian sekarang (huhu, nak belajar tetapkan pendirian nie).Ok, habis cerita pasal tu. Bye-bye polis. Ada jodoh orang jadi polis gak, kalau tak pon jadi bini polis. Amboi, mulut celopar. Hahahaa.

Ok, baru-baru nie pula orang jumpa kawan lama. Kawan masa kerja kat kilang roti dulu. Apa? Fikir orang tak pernah keja ka? Apa-apala, tak kisah cakap apa pon. Back to my story. Orang jumpa la dorang nie. Janji pukul 3 petang, muncul pukul 4 petang. Dah la orang paling tak suka tunggu-tunggu bagai. Lepas tu, dorang ada hal lagi nak urus sampai pukul 5 lebih. Dah la orang kena balik sebelum gelap. Sebelum gelap means sebelum isyak. Lepas tu kitaorang jalan la sekejap kat mall tu. Yang bikin panas nie, dorang buat cam tak tahu ja orang ada kat situ. Orang punyala excited gila nak jumpa dorang, dorang pulak pi layan macam baru kenal. Ni yang tak puas hati ni. Last-last orang lancarkan perang dingin kat dorang . SMS pagi tu pon orang tak balas sebab sakit hati yang amat. Astaghfirullah~

Dah-dah. penat cakap pasal dorang. Nak cerita pon dua hari tak habis. Lantakla dorang nak buat apa.

Last, orang nak bagitau yang orang akan jadi babysitter mulai esok. Jaga anak kazen ja. At least ada jugala yang terbuat masa-masa cuti nie.. hehehe


p/s:: Nie new princess dalam family orang. Nama dia Sufiya Ar-Raudha. Orang yg bagi nama tau. Cute kan?