!| ~Tentang Dia~ |!: Selamat hari bapa, Pa~

Selamat hari bapa, Pa~

Semua orang sibuk memikirkan hadiah apa untuk bagi ayah mereka. Maklumlah, tak lama lagi hari bapa sedunia. Alyssa hanya melihat dari jauh keriuhan itu. Untuk apa lagi dia mengusutkan fikiran pasal benda tu semua? Alyssa tersenyum sendiri. Senyum? Hambar rasanya dihati. Kenangan lama bermain diminda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 10 tahun..

"Kakak! Cepatlah. Tak lama lagi bapa dah nak balik." Alyssa menarik tangan Aina, kakak Alyssa yang tua 3 tahun darinya untuk masuk ke rumah.

"Nak apa? Aku penat ni.."

"Bapa tak lama lagi nak balik dah"

"Jadi?"

"Jadi??! Kan hari ni hari bapa. Mesti ada hadiah!"

"Oh, ya. Apa hadiah kau?"

"Tak tahu. Aku mana ada duit mau beli hadiah."

"Masa hari ibu dulu ada pula duit kau belikan mak teko. Takkan kali ni tetiba tiada?"

"Itu masa aku ada duit la. Lagipun teko tu harga 2 ringgit ja pon. Macam mana ni?"

"Tu la kau. Hari bapa boleh pula kau lupa. Tengok, aku ada beli bunga tadi kat sekolah" Aina senyum meleret. Alyssa memasamkan muka.

"Aku mana?"

"Beli la sendiri!" Aina masuk ke dalam bilik. Alyssa sempat mencebik melihat Aina. 'Apa aku nak bagi nie?'. Mata Alyssa tertumpu pada kad manila di atas meja. 'Baik aku buat kad saja'. Tangan Alyssa lincah mengambil kad manila dan memulakan operasi.

" Kau buat apa?" Noryn, adik Alyssa berdiri disisi Alyssa.

"Aku buat kad. Buta ka?"

"Kalau aku tau tidakla aku pergi tanya kau! Untuk siapa?"

"Bapa"

"Bapa? Hari jadi bapa kan lama lagi"

"Bising la kau! Kan hari ni hari bapa. Salahkah aku buat?"

"Panas pulak dia. Aku mau jugala"

"Alang-alanglah sekali kat sini. Macam tak cukup kad ni untuk buat dua"

Alyssa menyambung kerjanya yang terbengkalai. Noryn tak payah layan sangat. Menyakitkan hati ja. Memang Alyssa dan Noryn tak sekepala. Ada saja yang tak kena.

"Siap!"

Alyssa mengibar-ngibar kadnya di udara. Aina dan Noryn bergegas ke arahnya. Kad bertukar tangan.

"Besa ja pon"Aina mengomen

"Memang la besa ja. Fikir aku ni otak kreatif ka?"

"Tau tak pa" Noryn menyindir. Alyssa sempat menjeling ke arah Noryn.

"Tau la. Nanti bapa datang kau bagi ya Noryn"

"Kenapa aku? Bukan kau ja yang pi bagi?"

"Errr, aku dah penat buat. Kau... Kau bagi la pula. Kata untuk kita dorang??"

"Oh, ok"

Melihat bapa datang ke rumah, Alyssa segera menyibukkan diri. Kononnya pergi kemas buku di bilik. Apabila Aina dan Noryn memberi hadiah, Alyssa hanya melihat dari tepi pintu sahaja. Bukan niat tak nak bagi, cuma Alyssa rasa kekok apabila berdepan dengan bapa sendiri. Alyssa pun pelik sendiri. Memang sejak kecil dia tidak rapat dengan bapanya berbanding abang, Aina dan noryn yang rapat dengan bapanya. Apabila berkumpul diruang tamu, Alyssa selalu berdiam diri mendengar mereka berceloteh. Kekok rasanya apabila ada bapa.

Alyssa masuk semula ke bilik apabila melihat Aina dan Noryn dipeluk oleh bapanya. Dah lama tak rasa pelukan ayahnya. Cemburu pula..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 12 tahun

"Mak minggu depan Alyssa ada perkhemahan"

"Perkhemahan? Bila?"

"Hari jumaat. Ahad tu Alyssa balik daa"

"Oh. Alamak, mak tak dapat la nak bantu"

"Kenapa pulak?"

"Selasa depan kan mak masuk wad balik. Tak dapat la nak bantu Alyssa kemas barang."

"Oh, tak pa. Orang boleh jaga diri. sikit ja pon barang yang kena bawa"

"Kalau ada yang kurang, pergi bagitau bapa. Minta dengan dia" Alyssa melihat mak yang sedang mengusap-usap kepalanya. Bapa?

"Errr, nantila. Alyssa minta dengan Aina ja nanti."

Alyssa menghitung hari. Macam mana nak urus semua ni? Mak pula nak masuk wad pula. Alyssa mengeeling sekilas wajah mak. Wajah mak dah pucat, tak berseri macam dulu. Penyakit buah pinggang yang dialami mak merisaukan mereka sekeluarga. Macam mana nie? Tak pa, Aina kan ada.

Setelah Mak berada di hospital dua hari lepas, Alyssa sibuk menyiapkan barang untuk perkhemahan di sekolah esok.

"Alamak, sabun dan syampoo belum beli lagi. Aina!"Alyssa memanggil Aina yang khusyuk menonton tv diruang tamu. Melihat Aina yang tidak bergerak langsung, Alyssa terpaksa kejutkan Aina daripada dunia tv nya.

"Apa kau nak ?"

"Sabun dan syampoo aku belum ada lagi"

" Pergila beli. Beli sabun yang seringgit ja dan syampoo yang 30 sen tu. Bukan lama pon ko disana kan?"

"Betul jugakan. Hehehe" Alyssa duduk sebelah Aina menonton tv

"Tapi, masa aku dulu berkhemahkan, bapa siap belikan aku satu set produk Johnson Baby . Yang dalam beg kecil tu. Cuba kau minta dengan bapa, mungkin bapa belikan macam aku juga"

Cemburu meresap dalam diri Alyssa.

"Tak pa la. Malas la aku. Aku minta pun bukan bapa bagi pon."

Alyssa membawa diri mengemas barang semula. Cuba untuk mengosongkan fikiran. 'Aina anak kesayangan. Biasa la tu.' desis hati Alyssa.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 15 tahun

Sejak mak pergi meninggalkan mereka, semua beban kerja jatuh ke bahu Alyssa. Aina tak dapat membantu kerana terpaksa mengambil kursus jahitan atas pelawaan ibu angkatnya. Cuci pinggan, basuh baju, kemas rumah, memasak, semua perlu diselesaikan. Apa lah yang boleh dilakukan oleh budak berumur 15 tahun.

"Bapa rasa baik bapa kahwin. Boleh bantu kamu buat kerja dirumah" Semua terdiam. Alyssa tercengang. Bapa mau kahwin lagi? Dengan siapa?

"Tak nak!" Abang membantah.

"Untuk kebaikan adik-adik kau juga nanti. Kau tak rasa kesian ka dengan dorang?" Alyssa cuba untuk tidak mendengar perbincangan itu. Cuba untuk hidup didunia sendiri.

"Ok, kalau bapa nak kahwin, kahwin. Tapi aku takkan pergi majlis itu."

Alyssa melihat kedua-dua wajah tersebut. Apalah akan jadi lepas ni?

Tak lama kemudian, bapa kahwin. Wanita yang bapa kahwin familiar sangat. Patutlah Abang tak sokong. Rupanya wanita itu, Suraya, rakan sekerja abang.

"Kau pergila tanya apa yang patut dibuat?" Noryn menolak-nolak Alyssa ke dapur. Kelihatan Suraya memotong sesuatu untuk dimasak.

"Apa  pulak aku? Lagipun apa aku nak panggil dia?"

"Sebab kau kakak dari aku dan kau panggil la apa saja."

Sedang Noryn dan Alyssa saling bertekak di pintu dapur, Suraya mendekati mereka

"Kenapa ni?" Suraya pelik melihat gelagat dua beradik itu. Noryn terus menolak Alyssa kehadapan. Nak kenakan orang la tu.

"Errr, mak cik perlu bantuan?" Mak cik? Mana-mana ja la.

"Tak pa, pergi la tengok tv kat depan" Alyssa dan Noryn terus berpusing menuju ke ruang tamu. Nak melepaskan diri.

---------------------

Bapa mendekati Alyssa dan Noryn yang khusyuk menonton tv.

"Kamu bergaduh lagi ka tadi?" Alyssa yang sedang makan keropok terhenti. Kepalanya terus berpaling pada bapanya sebelum melihat kelibat Suraya di dapur. Perasaan tak puas hati membara dihati.

"Biasala tu. Macam Pa tak kenal kami berdua ni. Bapa sendiri cakap, macam anjing dan kucing. Tak boleh berjumpa langsung." Alyssa menjawab dengan malas. Ada yang tak puas hati ni.

"Cuba kamu hentikan sikap tak baik tu. Dah besar tapi perangai macam budak-budak. Kesian la sikit dengan mak tiri kamu tu. Dia baru saja dengan kita, tapi dah rasa tekanan yang amat sangat."

'Ni yang aku tak suka ni' desis hati Alyssa

"Ni, Alyssa yang cari pasal dulu"Noryn cuba menyimbah minyak atas api yang panas.

"Kau cakap bebaik sikit ya. Kalau bukan pasal kau rosakkan kalkulator aku, tak la aku pergi mengamuk sana!"

"Eh, dia yang rosakan, orang pula disalahkan"

"Dah kau yang pakai, kaulah yang rosakkan!"

"Dah! Pening kepala aku nak layan korang berdua. Cuba bawa berbaik sikit. Mak kamu tu dah sakit kepala melayan karena kamu tau!" Mak? Layakkah?

"Lagi satu, panggil dia Mak. Bukan makcik. faham!" Bapa masuk ke dalam bilik. Alyssa terus hilang selera nak menghabiskan keropoknya. Tak pasal-pasal aku kena marah.

--------------------
Kepergian Abang ke rahmatullah menambah kesunyian yang dialami Alyssa. Abang meninggal di rumah bapa saudara Alyssa. Masih terngiang-ngiang lawak jenaka yang sering abang lakukan. Alyssa yang menjaga abangnya dirumah sebelum pindah ke rumah bapa saudara untuk mendapatkan rawatan tradisional. Apa penyakit abang pun, Alyssa tak pasti. Alyssa tak yakin sangat dengan kata-kata orang kampung. Cliche sangat.

Alyssa menunggu bapa menjemputnya dari sekolah

"Apa pandangan Alyssa tentang Suraya?"

Bapa memulakan perbincangan sebaik sahaja kereta dipandu ke jalan raya. Alyssa membuang lamunan ke luar. Terasa pokok-pokok koko diluar lagi cantik berbanding topik yang bapa nak bincangkan. Alyssa melepaskan keluhan berat.

"Ok ja pon"Alyssa menjawab dengan malas. Sangat tak suka topik itu.

"Layanla dia dengan baik. Kesian dia terpaksa tinggalkan kakak dia dan tingaal dengan kita"

"Dah kahwin mestilah tinggal tempat suami"

"Dia nangis tau masa tinggal kat rumah kita. Dia kata tertekan dengan kamu berdua. Layanla dia dengan baik"

Alyssa rasa menyampah. Apa yang nak ditekankan sangat tentang dia dan Noryn? Dah besar, pandailah jaga diri. Masih terngiang ditelinga Alyssa apabila Noryn mengadu dicubit oleh Suraya sebab lambat keluarkan sayur daripada peti ais. Perasaan sakit hati membara lagi.

"Tengoklah" Alyssa menamatkan perbincangan. Memang dialog Alyssa dan Bapa tak pernah panjang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Alyssa, 18 tahun

Setelah pemergian arwah abang, Alyssa sekeluarga berpindah ke kawasan tempat tinggal bapa saudara. Tempat keluarga arwah mak. Ketika itu, Alyssa tinggal di rumah pakcik Majid, adik Mak. Aina pon dah kahwin, dengan calon pilihan keluarga. Melihat gelagat keluarga mengurus perkahwinan tersebut, Alyssa trauma nak kahwin dengan pilihan keluarga.

Sejak berpindah, kesihatan ayah merosot. Bapa baru saja keluar daripada wad. Bapa dijangkiti penyakit TB dan penyakit itu dah sampai pada tahap yang teruk. Alyssa masih berkira-kira nak ke KL atau tidak untuk bekerja.

"Pergi ja la. Nanti senang kau mau sambung sekolah"

Itu saja yang bapa katakan. Dengan berat hati, Alyssa pergi ke KL juga, tempat Aina tinggal.

Sampai di KL...

"Bapa ok tak?"Alyssa terdiam. Perasaan serba salah menyelubungi diri.

"Ok"

"Kau tau tak, hari ni aku ada pecahkan pinggan  tau. Sebelum ni pernah juga. Orang tua-tua cakap petanda buruk tu"

"Jangan mengarutlah. Percaya sangat benda karut macam tu"

"Karut tak karut, aku tak kisah. Tapi aku rasa tak sedap hati la"

"Apasal pulak?"

"Tak tahu. Tapi rasa macam ada benda tak baik nak jadi ni"

Alyssa terdiam. Petanda buruk? Ya Allah, jauhkanlah malapetaka dari keluarga kami.

Baru 3 miggu di KL, Alyssa dan Aina harus pulang ke kampung kerana bapa tengah nazak. Ini lah petanda buruk yang Aina katakan?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aina dan Alyssa membersihkan bapa dengan membuang pampers serta memandikan bapa. Petang itu, Alyssa menjaga bapa sendirian. Sedang Alyssa mengurut tapak tangan bapa, tiba-tiba tangan itu menggenggam tangannya. Setelah sekian lama, baru hari itu Alyssa rasa genggaman tangan bapa. Air mata mula bergenang di mata.

"Bila keputusan SPM keluar?"

Bapa bertanya dengan suara yang perlahan. Terasa kepayahan beliau. Alyssa membalas genggaman bapa.

"Tak lama lagi, pa. Ada dalam sebulan lagi. Bapa tunggu ya"

Air mata mengalir di pipi. Seego mana pun Alyssa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun Alyssa jarang berkomunikasi dengan bapa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun Alyssa sering menjauhi bapa, dia tetap bapa Alyssa. Walaupun bapa tengah nazak, bapa masih memikirkan Alyssa. Air mata mengalir lagi. Langsung genggaman itu Alyssa lepaskan dan terus beredar menuju ke belakang rumah. Tak sanggup rasanya melihat bapa dalam keadaan sedemikian.

Setiap malam tidur Alyssa ditemani air mata. Namun, Alyssa cuba untuk bersembunyi. Entah, keegoaan Alyssa amat tinggi untuk menyatakan sayang pada bapa.

Tiga hari kemudian, kesihatan bapa bertambah teruk. Malam itu, dibacakan Surah Yassin untuk bapa. Alyssa yang melihat keadaan itu terus melarikan diri kebelakang rumah. Air mata mengalir lagi. Dalam kesunyian malam, air mata menjadi peneman Alyssa. Tak sanggup rasanya kehilangan seorang bapa.

Namun, ajal maut ditangan yang Maha Esa. bapa meninggalkan Alyssa dan yang lain pada pagi itu. Alyssa hanya memerhati dari jauh melihat tubuh bapa dimandikan. Tiada lagi air mata. Alyssa ingin menangis, tetapi air mata berdegil tak nak keluar. Melihat tubuh kujur bapa diiring mrnuju tapak perkuburan, empangan air mata akhirnya pecah. Namun Alyssa menangis tanpa suara. Terasa sakit didada tak terkira. Bapa tempat bergantung telah meninggalkan Alyssa.

Maida, sepupu Alyssa datang menghampiri Alyssa yang sedang mengelamun di tepi tingkap.

"Dah la tu. Doakan saja dia"

Alyssa memandang wajah Maida. Senyuman hambar diukir. Masih terngiang kata-kata sepupunya itu.

"Sejak kau pergi KL hari tu, bapa kau asyik cari kau saja. Bukan Aina, bukan Noryn atau mak tiri kau. Hanya kau yang dia cari. Mungkin dia rindu dengan kau."

Pa, bapa rindu Alyssa? Maaf pa sebab terlalu ego dengan perasaan Alyssa. Alyssa ego untuk katakan Alyssa sayang bapa hingga bapa pergi. Maafkan Alyssa, pa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini~

Setiap malam, Alyssa mengalirkan air mata. Gambar Bapa disimpan dibawah bantal untuk tatapan setiap malam. Alyssa cuba untuk kuatkan hati untuk mencapai cita-cita yang diidamkan oleh bapa.

Hari itu, Alyssa pergi menziarahi kubur arwah bapa.

"Pa, Alyssa minta maaf sebab dah lama tak jenguk bapa disini. Jangan risau pa, Alyssa dalam keadaan yang baik. Alyssa masih belajar ni. InsyaAllah, dalam dua tahun lagi, Alyssa akan jadi MA. Kerja yang bapa nak kan. Pa, Alyssa penat dengan karena orang sekarang pa. Kadang-kadang Alyssa rasa nak putus asa. Tapi, setiap kali perasaan putus asa itumuncul, tiba pula bisikan yang bapa katakan dulu. Bapa cakap, jadilah orang yang berjaya. Walau sesukar mana, seteruk mana hinaan orang lain, biarkan saja. Yang penting, pada akhirnya Alyssa berjaya. Ya, Alyssa pegang kata-kata itu. Pa, Alyssa rindu sangat dengan bapa. Hari ni hari bapa. Rasa macam lain pula kan tak ada Aina dan Noryn. Mereka bahagia dengan keluarga sendiri. Cuma Alyssa saja belum ada keluarga. Pa, Alyssa doakan yang bapa selamat disana. Selamat hari bapa, Pa"

Air mata mngiringi kata-kata Alyssa. Naumun, hidup harus diteruskan. Alyssa duduk seketika di pusara ayahnya sebelum pulang. Sempat dibisikkan kata-kata di batu nisan bapa,

"Selamat hari bapa, Pa"



No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..