!| ~Tentang Dia~ |!: August 2012

Cinta Pandang Pertama

cinta pandang pertama, ermm macam pelikkan? bagaimana seseorang tu boleh jatuh cinta walaupun baru berpandangan. aku pon pelik dengan pasangan yang mengaku jatuh cinta pandang pertama sebab aku tak pernah jatuh cinta (confession bahaya nie) hahaha.. tapi aku pelik tengok cousin-cousin aku yang terus rapat walaupun baru jumpa masa raya. Ini kisahnya, cousin sebelah mak aku (lelaki) baru jumpa cousin sebelah bapa aku(pompuan). ini bukanlah kali pertama mereka berjumpa sebenarnya, dari kecil asyik jmpa jugak sebab keluarga mereka ada kaitan la jugak.. kalau aq bagitau sekarang memang tak habis la post nie. sebenarnya , c lelaki baru sahaja kecewa sebab pasangan pilihan hatinya kena REJECT DIRECT masa raya pertama hari tu. huh, sapa suruh tak jaga perangai bila jumpa dengan bakal mertua? perangai dah la sombong, tak hormat orang tua pula tu ( aq x tau hal nie, adik dy yang bgtau aq. aq pergi beraya masa tu. hehehe) . dah kena reject, c lelaki punyalah frust. frust gila la.. kedatangan c pompuan mungkin dapat mengganti kekecewaan dalam dirinya. (kononla). Tapi yang jadi tanda tanya, c lelaki tu ikhlas ka nak kawan dengan c pompuan? jangan dia mainkan cousin aq tu sudah.