!| ~Tentang Dia~ |!: July 2013

Puisi Noor Dayana Untuk Ashraf Muslim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Pasti ramai dah tahu cerita tentang Ashraf Muslim ni kan?
 Tak sangka sungguh.
Dulu, admire gileerr dengan dia ni. 
Biar dah kahwin pun, tetap minat kat dia.
Tapi, lepas tahu dia duakan isteri dia, tak tahu nak cakap apa daa.
Mungkin ada cerita, ada penjelasan disebalik semua ini.
Tapi, kecewa jugalaa..

Pagi tadi, Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim telah mencipta puisi khas untuk suami tersayang,
Ashraf Muslim.
Sedih sangat puisi Dayana ni. 


"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana

Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...


Tak usah bicara tentang setia

Kerana

Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan


Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana

Aku tahu kau lebih arif tentang itu


Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana

Aku terima kekurangan kau kerana Allah


Tak usah bicara tentang dia

Kerana

Aku diasingkan darimu kerana dia


Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah

Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...

Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.."


Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim

p/s:: hargailah mereka yang setia pada cinta. Mereka layak untuk dihargai....



First time ke Bazaar Ramadhan!!


Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..

Dah masuk puasa ke 5. Korang masih penuh ka? Yang pompuan jangan tanya la. 
Confirm ada yang sangkut 2-3 hari, kan?


First time pergi bazaar? Biar betul? Hahahaha
Sebeno nyer, bukan first time sangat. Nie First Time untuk tahun nie. Hahaha
Memang dah berapa hari posa, kitaorang makan makanan asrama ja yang 'sungguh enak' itu.


Bazaar ni terletak kat Sembulan, KK. Memang banyak gilerr gerai kat situ.
Samapi pening kepala DEN nak pilih makanan. Hahahha.
Tapi tak lupa gak amek gambar. Pergi satu gerai asyik nak gambar je. Ish3..
Kalau dah sampai kat sembulan ni, memang kuih cakoi je la yang orang beli.
Fav la katakan. 


Kitaorang pergi berlima. Hani, Jura , Ainie dan orang beli sikit-sikit je. Tapi sampai Darwis kat situ, macam nak borong je makanan kat situ. Ish3.. Tak patut.
Dia lelaki, selera pon berbeza. Jan membazir, duhh.




Dua Hari Berpuasa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Dah dua hari berpuasakan? Untungla pada yang berpuasa. Bagi kaum wanita ni susah sikit sebab selalu diberi cuti bulanan. Tak pa, Allah sayang tu.

Tau tak, kesian kitorang kat sini tau. Asyik berbuka dengan makanan asrama sahaja. 
Bukan tak mampu nak beli makanan kat bazaar sana. Tapi takut membazir sahaja sebab selera masa puasa ni perlu dijaga juga. Nafsu semata-mata.

Tapi bagus juga la macam tu. Dapat juga save money kan? 
Tak pa, len kali boleh beli yang sedap-sedap. Asal dapat control nafsu, dah okey la tu. hehehe...

Ni, orang ada pelik bin hairan kat sini.
Setahu kita semuakan, dalam berpuasa ni bukan saja tahan diri daripada lapar dan dahaga. 
Tapi menjaga segalanya. Jaga emosi, mulut, telinga, mata, fikiran dan segalanya.

Yang peliknya, ada juga yang tak menghayati maksud Ramadhan ni. Asyik sangat mengata orang sana sini, sindir-menyindir, ketawa terbahak-bahak. 

Bagi yang berpasangan pula, masih asyik dok berkepit sana sini. Tak salah jika batas itu dipelihara. tapi yang orang nampak hari tu macam tu la. Malas nak layan laa.

p/s::Jangan lupa beribadah banyak-banyak tau!


Panduan Solat Tarawih


Assalamualaikum dan selamat malam~

Opps, malam cam ni masih ada masa nak update blog. 
Tak pa, orang banyak masa free... (kononlaaa)

Dah nak puasa kan? kalau puasa mesti terawih kan?
Haaa... Sapa tak reti? Tak ramai tapi pasti ada.
Orang pahammm..

Kat SINI orang bagi panduan solat terawih pada korang.

p/s:: selamat berpose!


Perkara Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan~


Mesti semua excited nak puasa kan? Orang pon cam tu jugak. 
Walaupun orang tau yang pompuan nie susah nak puasa penuhkan, orang tetap excited!!

Excited pon excited jugala, tapi dalam menghayati bulan mulia ni kan, ada baiknya kita renungkan dan cuba untuk melakukan beberapa perkara sebelum mengerjakan ibadah Ramadhan.

1. Bertaubat
Memang perkara ini kekadang sukar untuk dilakukan. 
Tapi, dalam kita sedia maklum yang bulan Ramadhan ini penuh dengan keampunan.
Nur itu diperoleh daripada taubat. 
Kesan setiap perkara ada nur, mudah untuk melakukan kebaikan selepas itu.
Apa salahnya kita memohon keampunan Allah atas kesalahan yang telah kita lakukan? kan kan kan???

2. Bebas dari hak Allah dan manusia
Apa yang orang maksudkan disini ialah kita telah melangsaikan segala hutang piutang kita pada Allah dan manusia.
Contohnya, ganti puasa. Khususnya pada wanita. Dah tu, mudah nak puasa balik. Betul kan??

3. Mujahadah beribadah
Memang sukar untuk melakukan ibadah sekiranya tiada azam ditetapkan. 
Latih diri untuk melawan nafsu diri dan paksa diri untuk sentiasa kekal dalam ibadah.


p/s:: Tips istiqomah 40 kali dalam ibadah. In Shaa Allah akan berterusan menjadi amalan atau budaya harian~



Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat petang~



Tak sangka esok dah nak posa dah. Malam ni dah start orang pergi solat terawih. 
Tak tahu pasal pa orang excited gilerrr nak menjalani ibadah posa di bulan ramadhan.
Ceh, ayat tak ble blah!

Pada bulan ramadhan nie, orang dah pasang niat awal.
Orang berniat untuk mengasah diri menjalani seberapa banyak ibadah pada bulan yang penuh barakah nie.
Ramadhan yang lalu orang sia-siakan ja peluang yang ada.
yang ingat menghabiskan duitttt ja.
Tak pa, pasanga azam awal-awal.
In shaa Allah, dipermudahkan perjalanan itu kelak. Amin~

Bulan Ramadhan ni, pasti ramai yang nak beribadahkan?
Namun, ada perkara sebelum ramadhan yang perlu kita renungi.

Dah namanya bulan puasa, mesti pergi solat tarawih kan.
Tak tahu? Kat sini ada panduan solat tarawih. =)

In Shaa Allah, akan dipermudahkan perjalanan kita dalam mengerjakan ibadah dibulan mulia ini.
Korang, jangan ponteng pose tau!



After A Week~

'Selamat pagi kakak senior!'

Dan aku pon macam ' Huh??? Junior yang lalu tak pon macam nie.'
Junior ambilan terbaru ni aku nampak macam ok berbanding yang lalu. Ya laa... Dorang cakap ikut gaya penyelaras. Haahaha. Aku paham maksud tu.

Entry kali nie bukan nak kupas pasal junior-junior sekarang.  Tapi tentang orang-orang kat dalam kelas. Memang cuti sebulan mampu mengubah seseorang, namun waktu itu masih tak cukup untuk mengubah segelintir makhluk-makhluk dimuka bumi ini. Ok, one by one yaa...

Pelik bebenor dengan corak persahabatan sesetengah orang. First day hari tu dah nampak keretakan persahabatan mereka. Aku tak mau la masuk campur orang len. Memang bukan style aku la nak sibuk hal orang nie. Cuma curious sikit ja la. Kekadang kesina tengok yang sorang ni sendirian sekarang. Tak da yang nak rapat dengan dia. Tak pa, 6 bulan tu sekejap ja. Sabar yaa.. Pada yang lain, cuba fahami semula erti persahabatan tu. Sebagai sahabat, sepatutnya kita menerima rakan itu seadanya, bukan meletakan syarat pada nilai persahabatan tu! Semua orang ada kelemahan tersendiri. Bad temper, berwatakan pasif, terlebih happy, cantik, kurang cantik, bijak, pandai, pendiam, kuat cakap, itu semua berbeza antara satu sama lain. Terima sahabat itu seadanya. Tak salah. Kalau rasa tak puas hati, katakan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan cara sindiran atau 'menembak tak tentu pasal'. Baik jangan rapat dari awal, lagi baik.

Yang aku perhati lagi kan, ada perangai yang tak ubah langsung. Maka makin teruk la. Aku pon tak tahu nak  kata apa pada dorang nie. Aku paling pantang orang yang suka judge orang lain. judge orang lain sampai kelemahan diri dilupakan. Aduh, apa nak jadi dengan dorang nie. Mampu bersabar sahaja. Harap hidayah Allah dicurahkan pada mereka-mereka ini.

p/s:: buka hati, buka minda, muhasabah diri. Salam Ramadhan ^-^