!| ~Tentang Dia~ |!: Dua Hari Berpuasa

Dua Hari Berpuasa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

Dah dua hari berpuasakan? Untungla pada yang berpuasa. Bagi kaum wanita ni susah sikit sebab selalu diberi cuti bulanan. Tak pa, Allah sayang tu.

Tau tak, kesian kitorang kat sini tau. Asyik berbuka dengan makanan asrama sahaja. 
Bukan tak mampu nak beli makanan kat bazaar sana. Tapi takut membazir sahaja sebab selera masa puasa ni perlu dijaga juga. Nafsu semata-mata.

Tapi bagus juga la macam tu. Dapat juga save money kan? 
Tak pa, len kali boleh beli yang sedap-sedap. Asal dapat control nafsu, dah okey la tu. hehehe...

Ni, orang ada pelik bin hairan kat sini.
Setahu kita semuakan, dalam berpuasa ni bukan saja tahan diri daripada lapar dan dahaga. 
Tapi menjaga segalanya. Jaga emosi, mulut, telinga, mata, fikiran dan segalanya.

Yang peliknya, ada juga yang tak menghayati maksud Ramadhan ni. Asyik sangat mengata orang sana sini, sindir-menyindir, ketawa terbahak-bahak. 

Bagi yang berpasangan pula, masih asyik dok berkepit sana sini. Tak salah jika batas itu dipelihara. tapi yang orang nampak hari tu macam tu la. Malas nak layan laa.

p/s::Jangan lupa beribadah banyak-banyak tau!


No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..