!| ~Tentang Dia~ |!: Perkara Sebelum Ramadhan

Perkara Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan~


Mesti semua excited nak puasa kan? Orang pon cam tu jugak. 
Walaupun orang tau yang pompuan nie susah nak puasa penuhkan, orang tetap excited!!

Excited pon excited jugala, tapi dalam menghayati bulan mulia ni kan, ada baiknya kita renungkan dan cuba untuk melakukan beberapa perkara sebelum mengerjakan ibadah Ramadhan.

1. Bertaubat
Memang perkara ini kekadang sukar untuk dilakukan. 
Tapi, dalam kita sedia maklum yang bulan Ramadhan ini penuh dengan keampunan.
Nur itu diperoleh daripada taubat. 
Kesan setiap perkara ada nur, mudah untuk melakukan kebaikan selepas itu.
Apa salahnya kita memohon keampunan Allah atas kesalahan yang telah kita lakukan? kan kan kan???

2. Bebas dari hak Allah dan manusia
Apa yang orang maksudkan disini ialah kita telah melangsaikan segala hutang piutang kita pada Allah dan manusia.
Contohnya, ganti puasa. Khususnya pada wanita. Dah tu, mudah nak puasa balik. Betul kan??

3. Mujahadah beribadah
Memang sukar untuk melakukan ibadah sekiranya tiada azam ditetapkan. 
Latih diri untuk melawan nafsu diri dan paksa diri untuk sentiasa kekal dalam ibadah.


p/s:: Tips istiqomah 40 kali dalam ibadah. In Shaa Allah akan berterusan menjadi amalan atau budaya harian~



No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..