!| ~Tentang Dia~ |!: Puisi Noor Dayana Untuk Ashraf Muslim

Puisi Noor Dayana Untuk Ashraf Muslim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ashraf Muslim dan Noor Dayana
Pasti ramai dah tahu cerita tentang Ashraf Muslim ni kan?
 Tak sangka sungguh.
Dulu, admire gileerr dengan dia ni. 
Biar dah kahwin pun, tetap minat kat dia.
Tapi, lepas tahu dia duakan isteri dia, tak tahu nak cakap apa daa.
Mungkin ada cerita, ada penjelasan disebalik semua ini.
Tapi, kecewa jugalaa..

Pagi tadi, Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim telah mencipta puisi khas untuk suami tersayang,
Ashraf Muslim.
Sedih sangat puisi Dayana ni. 


"Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana

Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...


Tak usah bicara tentang setia

Kerana

Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan


Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana

Aku tahu kau lebih arif tentang itu


Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana

Aku terima kekurangan kau kerana Allah


Tak usah bicara tentang dia

Kerana

Aku diasingkan darimu kerana dia


Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah

Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..


Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...

Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.."


Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim

p/s:: hargailah mereka yang setia pada cinta. Mereka layak untuk dihargai....



No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..