!| ~Tentang Dia~ |!: Bila Airmata Ku Menitis Lagi...

Bila Airmata Ku Menitis Lagi...



Sememangnya hari ini hari bersejarah bagiku. Buat pertama kalinya aku expresskan perasaan sakit hati aku tanpa peduli perasaan dorang. Mungkin aku tidak express segalanya dan sememangnya aku cuba untuk berlembut. Tapi, bak kata orang, SABAR ITU ADA BATASNYA. 

Selama ini aku hanya tunjukkan sebahagian sahaja daripada karekter aku iaitu seorang yang cuba untuk berlembut, cuba untuk menjaga perasaan orang lain, cuba untuk tidak kisah atas ejekan atau sindiran yang lain. Mungkin yang lain tidak sedar yang aku juga seorang manusia, yang ada hati dan perasaan. Ada emosi, ada prinsip, ada matlamat. Mungkin sebab mereka tidak nampak sebahagian lagi karekter aku iaitu seorang yang baran, tidak suka akan kongkongan, memberontak dalam diam, dan yang pasti sensitif akan perkara yang remeh temeh.


Mungkin akan ada yang kata 'alah, emo juga dia nie. Benda kecil pon sudah buat hal'. Memeang benda kecil pon. Tapi, benda kecil itu, jika kerap dilakukan, kerap mengguris hati, kerap mencabar keimanan, boleh menjadi satu isu yang besar. 

Cukupla kalau selama ini aku cuba untuk bersabar. Cukuplah kalau selama ini aku biar yang lain pandang rendah dengan aku. Cukuplah kalau selama ini aku menjadi bahan ejekan yang lain. Tak kan ada kompromi lagi. Aku ada perasaan, ada hak untuk bersuara, ada hak untuk membenci, ada hak untuk suka, dalam kata lain ada hak untuk ekspresikan emosi aku.

Aku pernah kata, aku benci pada merka yang sebabkan airmata aku mengalir. Airmata yang mengalir hari ini mengajar aku satu perkara iaitu menjadi seorang yang kuat dan tegas dalam pendirian. Airmata yang jatuh hari ini hnanya sia-sia jika aku fikirkan. Tidak guna untuk dibazirkan. Thus, aku ubah prinsip tadi. Aku akan jadikan mereka yang menyebabkan airmata aku mengalir sebagai target untuk tunjukkan pada mereka yang aku bukan seperti yang mereka sangkakan. Aku adalah kuat dan aku, bukan aku yang dulu.






No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..