!| ~Tentang Dia~ |!: Memang aku yang salah...

Memang aku yang salah...

Hari yang sangat memenatkan. Kelas NON STOP dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. First time la kelas sampai pukul 5 petang. Dalam kepenatan itu, aku lalai. Ya, bak kata orang kerana mulut badan binasa. Aku mengaku itu salah aku. Niat hati cuma nak buat lawak tapi tak sangka kau tersinggung. 

Maaf, aku terlupa dengan karakter diri kau. Maaf, aku terlebih a.k.a over hari ni. 

Banyak kata maaf yang telah aku lafazkan. Alhamdulillah, kau terima maaf itu. Tapi aku yakin yang hati kau masih tersinggung. Aku faham itu. Aku pun selalu mengalaminya. Memendam sesuatu itu memang pedih rasanya. 

Maaf sekali lagi ku pinta. Aku wanita ego. Aku benci air mata walaupun airmata mudah sahaja mengalir dipipi ni. Sebab itu ramai yang melihat aaku seorang yang lemah. Dan aku benci itu. Mungkin pasal ego itu, ramai kenalan yang aku lupakan.

Apa-apa pun, just follow the flow, right?? Apa akan jadi, jangan cepat melatah, hadapi dengan tabah....

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..