!| ~Tentang Dia~ |!: April 2013

Pesan Rasulullah - Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini!


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.



Wanita Ananah
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk r
umahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

Wanita Mananah
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


Wanita Hananah 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

Wanita Hadaqah
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

Wanita Basaqah
Terdapat 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Spring Waltz~~

Salam~


Masih ingat lagi tak cerita korea Spring Waltz yang pernah ditayangkan di Tv2 pada tahun 2006 (kot). Kalau tak ingat, cuba google balik ya. Sebab n Y? Hahaha, sebab Echa sekarang tengah menghidupkan mood Korea semula. Tak pandai sedarkan yang Final Exam ada 2 minggu lagi. HAHA. Tak kisah pon~




Spring Waltz nie mengingatkan semula zaman kanak-kanak dahulu. Lagi sejam drama nie nak mula, semua kerja rumah disiapkan secepatnya.
Angkat kain = check
Cuci pinggan = check
Masak makan malam = check

Lepas tu, ramai-ramai dengan beradik semua duduk depan tv tengok cerita nie. Memang best kalau difikirkan semula. Semua langsung tidak mahu bergerak sebab takut tertinggal scene-scene yang menarik.


Untuk pengetahuan, drama nie antara drama kegemaran arwah abang Echa. Top one adalah Sad Love Story a.k.a Sad Sonata. Memang menyayat hati. Kenangan itu berputik semula. Mesti best kalau abang masih ada. Sama-sama layan korea yang sekarang makin menjadi-jadi. 


Jangan terlalu dikenang kisah lalu, karang memakan diri.
Tapi,
Tidak salah untuk merindui.

p/s:: cuba tengok ep 7. Scene Eun Young pergi lawat pusara mak dia buat Echa nak sebak~~

It's our FIRST TIME!!!

Ada yang pandai tukar tayar kereta tak?? Tidak ramaikan, terutama bagi kaum wanita. Kalau lelaki lain cerita la. Kalau bab-bab kereta nie memang dorang PRO la katakan.

Dipendekkan cerita, pada suatu masa yang hanya kami sahaja yang tahu, sedang asyik duduk dalam kereta, terasa kereta macam senget sedikit. Orang dari kereta lain dok shhh kat kami. Pelik sikit la kan. BIla sampai dipertengahan jalan, Hani minta Ainie parking kat tepi jalan dulu. Something fishy...

Turun ja dari kereta, rupanya tayar kereta kat belakang dah pancit.. Uhhhh~ Di bawah teriknya matahari, kami pergi tukar tayar kereta. Memang first time la, kecuali Ainie. Terkejut jugala dengan keadaan tu tapi memang hilarious! Nasib juga tayar tu dapat ditukar.. Hehehe..














P/S:: Suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan~




~How i miss those moments~

Semua orang ada cara tersendiri untuk ekspresikan perasaan mereka. Ada yang akan makan melebihi had, ada yang hilang selera makan, ada yang cuba menghiburkan diri dengan tengok mr. bean, dan yang common, menangis.

Bagi Echa, menagngis adalah cara terbaik untuk ekspresikan perasan yang duka atau ketika berada dalam suatu tekanan. Bukan untuk menunjukkan diri itu lemah, cuma hanya itu cara yang dapat melegakan hati yang lara.Mungkin ramai yang menganggap seseorang tu lemah atau sensitif kerana mudah menangis, at least mereka hanya menangis, bukan meraung.

Sekiranya memori lalu singgah dalam fikiran, rindu membuak-buak didada. Tidak ternilai sebesar mana diri ini merindui masa dahulu. Ketika diri masih lagi dialam kanak-kanak. Bersama-sama abang, kakak dan adik. Gurau senda bersama, gaduh setiap hari.  Tidak perlu risau akan perkara lain kerana ada parents yang dapat membantu.




Tapi apabila semua telah pergi, tinggalkan diri ini keseorangan. Terasa diri seperti tiada matlamat lagi. Semua telah pergi meninggalkan diri. Terkapai-kapai menjalani kehidupan ini. Tiada lagi tempat bermain, tempat bermanja, tempat mengadu. Hanya dapat melayan perasaan ini sendiri. Tidak terbayang yang satu hari nanti, diri terpaksa menjalani hidup sendiri, tanpa mereka.

 Ketika itu, mood seharian akan berubah. Muka akan menunjukkan ketensionan yang amat sangat dan akhirnya benteng air mata pecah. Bercucuran, berlinangan saat mengimbau kenangan lalu bersama orang yang tersayang. Mengenang semula, mengapa mereka sanggup meninggalkan diri ini. Tertanya-tanya setelah ini apa guna kejayaan tanpa mereka disisi?

Jangan hairan melihat. Jangan dipersoalkan. Kerana lebih lama air mata itu ditahan, lagi membuak perasaan rindu itu. Hanya gambar sahaja menjadi kenangan, tiada yang lain.




p/s:: miss u a lot guys.. how dare u all leave me~

Let it speak~

Tak sempat nak upadate blog...
Gambar nie antara aktiviti Echa dalam dua bulan nie.. =)

Hari gotong royong di KSKB Utama



1 Million Women Walk
Sempena Women's Day!

A trip to keningau to meet this birthday girl!
Anis Sofhileya
5 years old at 29 march 2013
Evolusi Muzik 2013
Me, protocol manager~



What can i do?

 Semua ada lakonan. Inilah kehidupan. Semua hanya lakonan dalm hidup ini. Lakonan walaupun berada dihadapan ibi bapa, adik beradik, rakan-rakan, guru mahupun orang sekeliling. Lakonan untuk menjaga hati dan perasaan diri sendiri serta orang lain .

Semuanya terasa seperti di pentas teater. Ada pengarah, penulis skrip serta pelakon-pelakon yang terbabit. Diri adalah penulis skrip dan pelakon utama. Jadi, terpulang pada diri untuk mencipta jalan cerita sesebuah kehidupan.

Kadang kala terasa diri seperti patung boneka? Terpulang pada diri hendak menganggap diri sebagai apa. Cuba fikir matlamat diri. Fikir dan anggap diri menjadi watak dalam matlamat diri tersebut. Harus bertindak mengikut situasi. Jangan cepat melatah akan sesebuah masalah, akan memakan jiwa.

Terasa diri seperti tidak layak membuat keputusan sendiri? Fikir sedalamnya, semasaknya. Semua orang berhak sepenuhnya dalam membuat keputusan. Tidak bermaksud orang lain tidak berhak memberi cadangan. Mungkin cadangan orang lain adalah baik dari cadangan diri sendiri.

Terasa diri dipermainkan? Think positively. Semua hanya gurauan semata-mata. Bukan untuk mengaibkan seseorang. Bukan untuk menyakiti hati orang lain. 

P/S:: Semua telah ditakdirkan, terima seadanya. Bukan bermaksud kita tidak dapat mengubahnya, cuma bersedia untuk apa-apa kemungkinan.