!| ~Tentang Dia~ |!: ~How i miss those moments~

~How i miss those moments~

Semua orang ada cara tersendiri untuk ekspresikan perasaan mereka. Ada yang akan makan melebihi had, ada yang hilang selera makan, ada yang cuba menghiburkan diri dengan tengok mr. bean, dan yang common, menangis.

Bagi Echa, menagngis adalah cara terbaik untuk ekspresikan perasan yang duka atau ketika berada dalam suatu tekanan. Bukan untuk menunjukkan diri itu lemah, cuma hanya itu cara yang dapat melegakan hati yang lara.Mungkin ramai yang menganggap seseorang tu lemah atau sensitif kerana mudah menangis, at least mereka hanya menangis, bukan meraung.

Sekiranya memori lalu singgah dalam fikiran, rindu membuak-buak didada. Tidak ternilai sebesar mana diri ini merindui masa dahulu. Ketika diri masih lagi dialam kanak-kanak. Bersama-sama abang, kakak dan adik. Gurau senda bersama, gaduh setiap hari.  Tidak perlu risau akan perkara lain kerana ada parents yang dapat membantu.




Tapi apabila semua telah pergi, tinggalkan diri ini keseorangan. Terasa diri seperti tiada matlamat lagi. Semua telah pergi meninggalkan diri. Terkapai-kapai menjalani kehidupan ini. Tiada lagi tempat bermain, tempat bermanja, tempat mengadu. Hanya dapat melayan perasaan ini sendiri. Tidak terbayang yang satu hari nanti, diri terpaksa menjalani hidup sendiri, tanpa mereka.

 Ketika itu, mood seharian akan berubah. Muka akan menunjukkan ketensionan yang amat sangat dan akhirnya benteng air mata pecah. Bercucuran, berlinangan saat mengimbau kenangan lalu bersama orang yang tersayang. Mengenang semula, mengapa mereka sanggup meninggalkan diri ini. Tertanya-tanya setelah ini apa guna kejayaan tanpa mereka disisi?

Jangan hairan melihat. Jangan dipersoalkan. Kerana lebih lama air mata itu ditahan, lagi membuak perasaan rindu itu. Hanya gambar sahaja menjadi kenangan, tiada yang lain.




p/s:: miss u a lot guys.. how dare u all leave me~

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..