!| ~Tentang Dia~ |!: Spring Waltz~~

Spring Waltz~~

Salam~


Masih ingat lagi tak cerita korea Spring Waltz yang pernah ditayangkan di Tv2 pada tahun 2006 (kot). Kalau tak ingat, cuba google balik ya. Sebab n Y? Hahaha, sebab Echa sekarang tengah menghidupkan mood Korea semula. Tak pandai sedarkan yang Final Exam ada 2 minggu lagi. HAHA. Tak kisah pon~




Spring Waltz nie mengingatkan semula zaman kanak-kanak dahulu. Lagi sejam drama nie nak mula, semua kerja rumah disiapkan secepatnya.
Angkat kain = check
Cuci pinggan = check
Masak makan malam = check

Lepas tu, ramai-ramai dengan beradik semua duduk depan tv tengok cerita nie. Memang best kalau difikirkan semula. Semua langsung tidak mahu bergerak sebab takut tertinggal scene-scene yang menarik.


Untuk pengetahuan, drama nie antara drama kegemaran arwah abang Echa. Top one adalah Sad Love Story a.k.a Sad Sonata. Memang menyayat hati. Kenangan itu berputik semula. Mesti best kalau abang masih ada. Sama-sama layan korea yang sekarang makin menjadi-jadi. 


Jangan terlalu dikenang kisah lalu, karang memakan diri.
Tapi,
Tidak salah untuk merindui.

p/s:: cuba tengok ep 7. Scene Eun Young pergi lawat pusara mak dia buat Echa nak sebak~~

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..