!| ~Tentang Dia~ |!: 2014

Hidup penuh dengan ujian


Assalamualaikum

Berkurun lama tak buka blog. Harini baru berkesempatan nak buka. sebelum ni liat sangat nak buka. banyak sangat berda yang dah jadi.

Hidup.

apa makna hidup dalam diri? terngiang-ngiang soalan ini di dalam fikiran setelah baca buku coretan jalanan dari HLovate. bagi yang baca tu tau la novel tu yaa.

setelah itu aku terfikir semula. apa maksud hijrah dalam diri aku? adakah setakat menukar gaya pemakaian semata-mata? atau sekadar ingin mengubah persepsis orang yang salah?atau sekadar mengikut trend semasa?
apa maksud dia??

Sungguh.
bila kita cuba untuk menuntut ilmu tanpa guru. mungkin akan gah seketika, tetapi akhirnya akan goyah juga.
itu apa yang dipanggil sebagai UJIAN.

berkata mengenai ujian, biar aku ceritakan kisah seorang yang aku kenal, tidak perlu dikenalkan, biar aib seseorang itu dijaga.

UJIAN


Hidupnya penuh dengan ujian. dari kecil sehingga kini. hidupnya diuji pada umur yang muda apabila ibunya kembali ke rahmatullah, diikuti satu-satunya abangnya yang seharusnya menjaga adik-adiknya, dan diikuti oleh bapanya.
hidupnya masa itu seperti lalang. bila dihantar pada pakcik itu, dia ikut, bila dihantar pada makcik itu, dia ikut.
dengan sifatnya yang garang sedikit, dia mengambil alih peranan arwah abangnya. dia menganggap itu amanah yang diletak dibahunya saat bapanya pergi. 

cukup dengan ujian kematian 3 orang yang disayanginya, dia di uji lagi dengan ujian yang sangat berat baginya. namun Allah itu memberi ujian sesuai dengan diri seseorang. Allah memberi ujian menandakan Dia sayang pada seseorang yang di uji.

Dia di uji dengan perasaan cinta.
perasaan yang sangat asing baginya. mungkin ketika kecil dia tidak pernah berasa erti cinta itu, erti sayang itu, kerana dia seorang gadis yang ego untuk mengatakan sayang walau pada ibubapanya sendiri.

cinta

siapa yang tidak tahu kuasa cinta itu. makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
pertama kali dirinya mengenal cinta itu, dia membelakangkan agama. JELAS-JELAS dia tahu hukum berpasangan itu HARAM kecuali dengan ikatan yang sah. 
dia membelakangkan agama.

dalam mengenal erti cinta (konon), banyak yang dia pelajari, banyak janji ditaburi, banyak sumpah diberi.
Allah telah mengatakan dalam Al-Quran, 'janganlah kamu mendekati zina'. 
sepanjang tempoh bersama pasangannya itu, sering ada rasa tidak kena. kenapa?
sebab dia tahu dia buat benda yang salah. yang HARAM tetap HARAM. tiada siapa mampu mengubah ketentuan Allah. si gadis yang dulunya pertahankan dirinya hanya untuk suaminya kelak,berada dalam keadaan yang serba salah. sangat serba salah

mungkin, mereka berjanji akan bernikah setelah habis belajar. mungkin, si lelaki membawa si gadis ke rumahnya untuk mengenali keluarganya. mungkin si gadis menyatakan status diri ketika itu pada warisnya, mungkin kerana sayang mereka masih kekal.
mungkin

namun, si lelaki tidak mengetahui. di setiap sujud si gadis, disetiap tangisan si gadis, dia memohon hidayah pada Allah. dia memohon kekuatan pada Allah. dia memohon agar Allah memberinya kekuatan untuk menarik diri daripada gelombang ikhtilat  ini. memohon pada Allah agar dia dapat menahan rasa sayang yang teramat pada si lelaki, untuk menyayangi Allah lebih dari itu.

Allah bantu dia, Allah tiupkan kekuatan pada dirinya, Allah kuatkan azamnya untuk mengundur diri.
si lelaki rasa dikhianati. dia kata banyak janji sudah kita semati, mengapa baru sekarang ingin mengundur diri? banyak yang telah kita capai bersama, mengapa perlakukan dirinya sedemikian?

si gadis menangis. sepanjang malam, sepanjang tidurnya dia menangis. merindui si lelaki.
Rindu itu fitrah, Cinta itu fitrah. tapi biarlah berlandaskan hukum syarak. 

kalau ada jodoh, kamu bersama juga nanti

kalau kamu menyayanginya, kamu lepaskan. sekiranya dia kembali semula, dia kepunyaanmu, sekiranya tidak, Allah telah menyediakan yang terbaik untukmu

itu kata-kata rakannya untuknya.

Ya dia masih sayang, Ya dia masih cinta. Tapi dia tidak ingin cinta dan sayangnya itu melebihi cintanya pada Allah dan rasul.

itu ujian terbesar dalam dirinya. sebesar-besar ujian ibubapanyan meninggalkan mereka adik-beradik terkontang kanting meneruskan hidup, besar lagi ujian cinta yang diberi Allah padanya.

baginya itu kisah silamnya. 
dia tahu dirinya banyak berdosa. dia tekadkan niat untuk teruskan hidup. biarlah cerita itu tercatat dalam buku sejarah hidupnya. dia hanya mampu berdoa pada Allah. untuk memberi apa yang terbaik untuk dirinya.

ujian itu datang dalam banyak jenis. hanya kita yang perlu mencelikkan lagi mata untuk melihatnya.
si dia yang diceritakan, masih dalam proses merperbaiki diri. memperbaiki apa yang telah rosak, berusaha menambah ilmu pengetahuan, berusaha senyum walau hati sering sakit.

siapa yang tahu kisah hidup seseorang. hidup itu penuh dengan liku, onak duri. tanpa ujian, hidup kita hambar.

 Sering tersenyum dikala hati dirundum pilu. 

Biar sayang ini di dalam hati
kerana aku tahu Allah itu maha Adil

Ikhlas atau tidak, Yang Arif tentukan

Assalamualaikum ^^

pernah rasa tak bila berada dikebanyakan orang, terasa diri kerdil sangat?
pernah rasa tak setinggi mana tahap persekolahan yang kita ada, tapi terasa ilmu di dada sikit sangat?
pernah rasa tak keinginan mendalami sesuatu ilmu tetapi malu dek pandangan sinis mereka yang berilmu?
pernah rasa tak bila diri telah beranjak satu langkah ke hadapan, terasa dipersoalkan akan ilmu yang ada?
pernah rasa tak bila diri dipertikaikan lagi dan lagi hanya akan satu langkah yang dilakukan?

yaa, sering sangat diri ini alami semua persoalan diatas
teringin bertanya pada mereka yang arif, tetapi pabila mereka melihat perubahan yang berlaku, semua menjadi keraguan. 'betul kah keputusan yang diambil ni? tidak terpaksa?'
mendengar segala persoalan dari mulut mereka sendiri, terasa kerdil sekali diri. bukan kah lebih baik mereka mengalu-alukan perubahan yang dilakukan dengan tangan yang terbuka dan bukannya mempersoalkan kepastian niat seseorang.

bukan tugas kita untuk menilai soal hati manusia. biarlah Yang Arif menilai keikhlasan niat seseorang itu.
adalah lebih baik sekiranya dibantu mereka mendalami ilmu-ilmu yang sepatutnya, walaupun sekadar belajar yang asa sahaja.

hina sungguhkah diri sehingga semua perlu dipersoalkan?? mungkin drastik, mungkin tiba-tiba tetapi kalau bukan sekarang bila lagi? hidup ini tidak dapat dijangka. seminit dua ada yang meninggalkan kita semua. cukup mulia mereka yang rendahkan diri untuk berubah berbanding mereka yang berilmu tetapi tidak beramal.