!| ~Tentang Dia~ |!: Hidup penuh dengan ujian

Hidup penuh dengan ujian


Assalamualaikum

Berkurun lama tak buka blog. Harini baru berkesempatan nak buka. sebelum ni liat sangat nak buka. banyak sangat berda yang dah jadi.

Hidup.

apa makna hidup dalam diri? terngiang-ngiang soalan ini di dalam fikiran setelah baca buku coretan jalanan dari HLovate. bagi yang baca tu tau la novel tu yaa.

setelah itu aku terfikir semula. apa maksud hijrah dalam diri aku? adakah setakat menukar gaya pemakaian semata-mata? atau sekadar ingin mengubah persepsis orang yang salah?atau sekadar mengikut trend semasa?
apa maksud dia??

Sungguh.
bila kita cuba untuk menuntut ilmu tanpa guru. mungkin akan gah seketika, tetapi akhirnya akan goyah juga.
itu apa yang dipanggil sebagai UJIAN.

berkata mengenai ujian, biar aku ceritakan kisah seorang yang aku kenal, tidak perlu dikenalkan, biar aib seseorang itu dijaga.

UJIAN


Hidupnya penuh dengan ujian. dari kecil sehingga kini. hidupnya diuji pada umur yang muda apabila ibunya kembali ke rahmatullah, diikuti satu-satunya abangnya yang seharusnya menjaga adik-adiknya, dan diikuti oleh bapanya.
hidupnya masa itu seperti lalang. bila dihantar pada pakcik itu, dia ikut, bila dihantar pada makcik itu, dia ikut.
dengan sifatnya yang garang sedikit, dia mengambil alih peranan arwah abangnya. dia menganggap itu amanah yang diletak dibahunya saat bapanya pergi. 

cukup dengan ujian kematian 3 orang yang disayanginya, dia di uji lagi dengan ujian yang sangat berat baginya. namun Allah itu memberi ujian sesuai dengan diri seseorang. Allah memberi ujian menandakan Dia sayang pada seseorang yang di uji.

Dia di uji dengan perasaan cinta.
perasaan yang sangat asing baginya. mungkin ketika kecil dia tidak pernah berasa erti cinta itu, erti sayang itu, kerana dia seorang gadis yang ego untuk mengatakan sayang walau pada ibubapanya sendiri.

cinta

siapa yang tidak tahu kuasa cinta itu. makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
pertama kali dirinya mengenal cinta itu, dia membelakangkan agama. JELAS-JELAS dia tahu hukum berpasangan itu HARAM kecuali dengan ikatan yang sah. 
dia membelakangkan agama.

dalam mengenal erti cinta (konon), banyak yang dia pelajari, banyak janji ditaburi, banyak sumpah diberi.
Allah telah mengatakan dalam Al-Quran, 'janganlah kamu mendekati zina'. 
sepanjang tempoh bersama pasangannya itu, sering ada rasa tidak kena. kenapa?
sebab dia tahu dia buat benda yang salah. yang HARAM tetap HARAM. tiada siapa mampu mengubah ketentuan Allah. si gadis yang dulunya pertahankan dirinya hanya untuk suaminya kelak,berada dalam keadaan yang serba salah. sangat serba salah

mungkin, mereka berjanji akan bernikah setelah habis belajar. mungkin, si lelaki membawa si gadis ke rumahnya untuk mengenali keluarganya. mungkin si gadis menyatakan status diri ketika itu pada warisnya, mungkin kerana sayang mereka masih kekal.
mungkin

namun, si lelaki tidak mengetahui. di setiap sujud si gadis, disetiap tangisan si gadis, dia memohon hidayah pada Allah. dia memohon kekuatan pada Allah. dia memohon agar Allah memberinya kekuatan untuk menarik diri daripada gelombang ikhtilat  ini. memohon pada Allah agar dia dapat menahan rasa sayang yang teramat pada si lelaki, untuk menyayangi Allah lebih dari itu.

Allah bantu dia, Allah tiupkan kekuatan pada dirinya, Allah kuatkan azamnya untuk mengundur diri.
si lelaki rasa dikhianati. dia kata banyak janji sudah kita semati, mengapa baru sekarang ingin mengundur diri? banyak yang telah kita capai bersama, mengapa perlakukan dirinya sedemikian?

si gadis menangis. sepanjang malam, sepanjang tidurnya dia menangis. merindui si lelaki.
Rindu itu fitrah, Cinta itu fitrah. tapi biarlah berlandaskan hukum syarak. 

kalau ada jodoh, kamu bersama juga nanti

kalau kamu menyayanginya, kamu lepaskan. sekiranya dia kembali semula, dia kepunyaanmu, sekiranya tidak, Allah telah menyediakan yang terbaik untukmu

itu kata-kata rakannya untuknya.

Ya dia masih sayang, Ya dia masih cinta. Tapi dia tidak ingin cinta dan sayangnya itu melebihi cintanya pada Allah dan rasul.

itu ujian terbesar dalam dirinya. sebesar-besar ujian ibubapanyan meninggalkan mereka adik-beradik terkontang kanting meneruskan hidup, besar lagi ujian cinta yang diberi Allah padanya.

baginya itu kisah silamnya. 
dia tahu dirinya banyak berdosa. dia tekadkan niat untuk teruskan hidup. biarlah cerita itu tercatat dalam buku sejarah hidupnya. dia hanya mampu berdoa pada Allah. untuk memberi apa yang terbaik untuk dirinya.

ujian itu datang dalam banyak jenis. hanya kita yang perlu mencelikkan lagi mata untuk melihatnya.
si dia yang diceritakan, masih dalam proses merperbaiki diri. memperbaiki apa yang telah rosak, berusaha menambah ilmu pengetahuan, berusaha senyum walau hati sering sakit.

siapa yang tahu kisah hidup seseorang. hidup itu penuh dengan liku, onak duri. tanpa ujian, hidup kita hambar.

 Sering tersenyum dikala hati dirundum pilu. 

Biar sayang ini di dalam hati
kerana aku tahu Allah itu maha Adil

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..