!| ~Tentang Dia~ |!: December 2012

Dear 2012

Dear 2012,
bersama mu selama 366 hari melakarkan 1001 kenangan pahit mahupun manis.
dalam 2012, aku dapat jumpa ramai manusia dengan pelbagai ragamnya yang tersendiri.
di awalmu 2012, kau kejutkan aku dengan berita yang sangat pahit hingga aku terpaksa melupakan cita-citaku. kata orang, bukan rezeki kau echa.
mungkin ya, mungkin tidak. hanya ALLAH yang tahu.


di pertengahan hayatmu 2012, hajat arwah bapa dapat ku tunaikan. kini, dengan gelaran yang ku pikul sebagai pelatih Penolong Pegawai Perubatan ku rasa masa depanku cerah memanggilku. entahla. siapa yang tahu ketentuan ILLAHI.
di akhir usiamu 2012, banyak desas-desus yang mengatakan kau penghujung usia dunia. Hinggakan ku terasa tidak dapat menyambut hari jadiku yang ke 20 (amboi, dah tua ker???). dipenghujung harimu jua, pengorbananku mengurangkan waktu tidurku membuahkan hasil. walaupun tidak seberapa tinggi, namun aku tetap bersyukur akan keputusan peperiksaan yang aku dapat. ALHAMDULILLAH.

kini, aku tahu kau bakal melabuhkan tiraimu. Ku pasti akan merinduimu. segala kenangan akanku kunci dikotak memori, In sha Allah.

Dear 2012, 
Thanks for everything...

Aisya Myra

Cuti???

Cuti. Hahahaha.. Ramai yang suka akan perkataan cuti. Tidak kisah kecil atau dewasa, tua atau muda, bekerja atau bersekolah. Ya, memang boleh dikatakan lumrah alam yang cuti sangat digemari semua orang. Musim cuti sekolah seperti hujung tahun adalah waktu yang sangat sesuai untuk percutian sekeluarga. Seperti melancong ke dalam atau luar negara.

Namun, tidak pada aku. Cuti bukanlah sesuatu yang aku ingin-inginkan.
Kenapa?

Benci? Tidak... hahahaha....
Bagi aku, aku lagi suka belajar atau menghadiri program berbanding cuti. Sebab, masa cuti aku tidak tahu nak buat apa-apa. Pelik? Memang pelik. masa sekolah dulu memang la suka cuti, pponteng kelas pun sanggup. Opps, bocor rahsia. Hahahaha.
Tapi itu cerita dulu. Sekarang keadaan sudah berubah. Balik rumah pun, bukan ada siapa-siapa. Tumpang rumah pak cik memang boleh tapi suasananya, beza la juga.
Itu semua ikut pandangan masing-masing. Aku lain, engkau lain. Hahahaha.
ini sahaja untuk kali ini. Lain hari Echa tulis lagii.. =)

Bina 'Self-esteem' anda!


Ketika Echa google sana-sini, terjumpa pula artikel pasal 13 cara yang efektif  untuk membina personality yang sihat. Tapi echa kongsi sikit je ya.  Self-esteem ialah suatu perjalanan yang berterusan, kadang-kadang boleh berubah. Oleh itu, aktiviti seharian dapat membentuk dan sekaligus meningkatkan self-esteem seseorang.
Cukupla dengan penerangan yang simple tu. Ok, cuba tips-tips kat bawah ini untuk membina self-esteem yang sihat sempena tahun baru ini. =)
  1.        Jaga diri sebaik-baiknya. Hias dan ubah tu boleh tapi janganlah keterlaluan. Yang penting kemas.
  2.        Luangkan masa untuk membuat aktiviti yang anda suka. Seperti menonton wayang, dengar music yang anda suka atau mungkin memasak (huh??).  Terpulang pada hobi masing-masing.
  3.        Buat sesuatu yang dapat menonjolkan bakat diri sendiri. Bukan nak menunjuk tapi untuk membuktikan yang diri sendiri mempunyai bakat tersendiri.
  4.        Rewards yourself! Tidak terlalu kerap tapi sekali sekala. Contohnya, bagi hot chocolate atau kek secret recipe. Hehe .
  5.     Buat baik pada orang lain. percayalah, pasti akan dibalas….