!| ~Tentang Dia~ |!: Dear 2012

Dear 2012

Dear 2012,
bersama mu selama 366 hari melakarkan 1001 kenangan pahit mahupun manis.
dalam 2012, aku dapat jumpa ramai manusia dengan pelbagai ragamnya yang tersendiri.
di awalmu 2012, kau kejutkan aku dengan berita yang sangat pahit hingga aku terpaksa melupakan cita-citaku. kata orang, bukan rezeki kau echa.
mungkin ya, mungkin tidak. hanya ALLAH yang tahu.


di pertengahan hayatmu 2012, hajat arwah bapa dapat ku tunaikan. kini, dengan gelaran yang ku pikul sebagai pelatih Penolong Pegawai Perubatan ku rasa masa depanku cerah memanggilku. entahla. siapa yang tahu ketentuan ILLAHI.
di akhir usiamu 2012, banyak desas-desus yang mengatakan kau penghujung usia dunia. Hinggakan ku terasa tidak dapat menyambut hari jadiku yang ke 20 (amboi, dah tua ker???). dipenghujung harimu jua, pengorbananku mengurangkan waktu tidurku membuahkan hasil. walaupun tidak seberapa tinggi, namun aku tetap bersyukur akan keputusan peperiksaan yang aku dapat. ALHAMDULILLAH.

kini, aku tahu kau bakal melabuhkan tiraimu. Ku pasti akan merinduimu. segala kenangan akanku kunci dikotak memori, In sha Allah.

Dear 2012, 
Thanks for everything...

Aisya Myra

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..