!| ~Tentang Dia~ |!: Hard for me to say i'm sorry

Hard for me to say i'm sorry

S. O. R. R. Y.,


mempunyai makna tersendiri. Suatu ayat yang mudah untuk diucapkan, susah untuk dihayati serta mengucapkannya dengan ikhlas.
Muncul SORRY dari mana? Dari kesalahan diri sendiri, dari mulut sendiri. Bak kata pepatah, kerana mulut, badan binasa. Asyik dengan dunia, lalai dengan hiburan jenaka, hingga alpa akan perasaan orang sekeliling.

S.O.R.R.Y

Mungkin bukan asalnya dari kesalahan diri sendiri. Dari situasi. Situasi?? Sebagai contoh, si kawan begitu meminati si teman. Bertegur sapa seharian, berbalas senyuman. Si kawan cuba untuk mendekati si teman. Si teman pula cuba sedaya upaya untuk menjauhinya kerana hanya menganggap si kawan hanyalah kawan sekelas. Tidak lebih dari itu, tidak kurang dari itu. Hanya kawan.
Bila si teman cuba jauhkan diri dari si kawan, banyak agenda-agenda yang kurang menyenangkan berlaku. Banyak desas-desus berdesing. Banyak andaian diramal. Sungguh membebankan untuk keduanya. Si kawan dan Teman tahu, bukan salah masing-masing. Cuma si nyamuk ja yang membesarkan cerita itu dan ini, hinggakan mahu kata SORRY pon tak tahu macam mana.

S.O.R.R.Y.

mudah diucap, susah diterima....
ikhlaskan hati ketika melafazkannya..
terima kekurangan diri, rendahkan diri..
walaupun bukan kesalahan diri, cuba perbetulkan situasi,
Cuba untuk hidup secara positif...

In sha Allah, segalanya akan berubah tenang semula

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..