!| ~Tentang Dia~ |!: Girls and their wallet!

Girls and their wallet!


Bagi lelaki dompet atau wallet itu sekadar simpan duit, kad bank dan gambar sekeping dua. Tapi, bagi wanita wallet itu bagai dunia dia. Hilang sahaja wallet gelap gelita dunia dia walaupun untuk seketika. Semua sudah maklum yang wanita ni suak bawa apa sahaja dalam wallet atau beg. Apa dalam kandungan dia tak perlu lah Echa terang kan. Paham-paham sahaja. hahaha

Kenapa tetiba pulak nak buat entry pasal wallet nie? ada apa-apa masalah ka?



Memang bermasalah! haa.. Sini Echa nak cerita. Tadi maghrib lepas mandi bersihkan diri semua, housemate bawa lajalan-jalan release tension. Maklum la baru dapat LA dan tension gak la hadir kelas BI tadi. Boleh dikatakan BORING. Echa tak mau la komen panjang-panjang pasal kelas tu ek. Stret to da poing, Lepas ja dapat tahu nak jalan nie, Echa cepat-cepat la bersiap. Tapi solat dulula kan. Dah tu siap, memang masuk dalam hotak la yang wallet tu Echa ada bawa. Tak pikir apa-apa, Echa dan kawan-kawan pergi la jenjalan. Tapi sebelum tu pergi ambil air dulu. Water cooler tu letak dia kat Bandaran, KK. Lepas dah temankan housemate pergi ambik ( kira beli gak la ) air tadi, kami kira-kira nak singgah kat Wisma Merdeka lah. Dah dapat parking, kitorang happy sangat la nak jenjalan walaupun tak dak pulus. Kuar ja dari keta, baru Echa perasan yang wallet dah hilang.Echa dan kengkawan sibuk la cari wallet nie sampai nak selongkar kereta tu.
Tak dapat cari, pergi kol housemate kat umah pulak. Diana cakap tak dak. Adush macam mana nie?

Lepas tu, kami pergi la tempat ambik air tadi. Tak ada juga. Echa mula la gelisah. Ya la, dalam wallet tu macam-macam ada. I/C, kad bank, gambar-gambar, semuanya penting tu! Cara terakhir, pergi balik cari kat rumah. Dalam perjalanan tu, macam - macam Echa pikir. Segala prosedur nak urus benda tu menari-nari kat otak. Sampai kat tempat letak keta kat hostel, tak ada juga. Tempat terakhir hanyala satu. RUMAH. OTW nak naik rumah tu, Echa tengok mana tau dia tercicir dalam perjalanan ka. Memang gelisah nak pitam. Masuk ja dalam rumah, rupanya wallet tu jatuh kat bawa meja makan. Adush, macam ibu bertemu anak yang telah lama hilang! Diana pun terus jadi sasaran panahan mata Echa. Rupanya dia cek kat atas meja ja, bawah meja tak dipedulikan. Nak kena Diana ni. Apa-apa pun, akhir cerita Echa bertemu kembali dengan wallet kesayangan dia.



Moral of the story, kalau nak jalan tu jangan ingat excited ja. ingat benda-benda yang penting tu. Kalau takut sangat, bawa la beg ok. yang kecil pon tak pa asalkan bolh simpan wallet dan benda penting yang lain.
=)

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..