!| ~Tentang Dia~ |!

IF you LOVE something~


If you love something, set it free
if it comes back, its yours
if its not, it never was

Tidak salah untuk menyintai seseorang. Tidak salah untuk mendambakan seseorang.Tiada yang salah dalam hal yang berkaitan perasaan kerana ia sesuatu yang tidak dapat kita elak. Hati dan perasaan sememangnya 'fragile' yang perlu dijaga sebaiknya kerana saat hati itu pecah berderai, sukar untuk menyantumnya semula.



Jangan mencintai seseorang sehingga mengagung-agungkan si dia. Jangan terlalu taksub bercinta sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba di dunia ini. Jangan berkasih sehingga lupa batas pergaulan. Jangan, jangan, jangan. Kerana apabila hati dikecewakan, disakiti, dicurangi, sukar untuk diri bangun semula. Sukar untuk menerima kenyataan hingga mendorong pada perbuatan yang keji seperti percubaan membunuh diri. Buta kerana cinta, alpa kerana cinta, rosak diri kerana cinta.



Tidak salah mencintai seseorang itu dari jauh, kerana cinta itu tidak bermaksud untuk memiliki selamanya. Ikhlaskan hati, relakan si dia dengan orang lain. Bebaskan diri daripada kongkongan perasaan tamak untuk memiliki si dia, dia bukan jodoh yang tertulis untuk mu.

Jangan memaksa seseornag untuk mencintai diri. Jangan biarkan si dia berasa bosan dengan desakan demi desakan yang dilontarkan seharian. Biarlah perasaan itu muncul sendirinya. Biarlah dia sendiri ingin mencintai diri kerana perasaan yang dipaksa tidak dapat bertahan lama. Akhirnya, hati terluka semula.


Jangan ego pada diri sendiri. Ego mengatakan diri boleh berdiri sendiri, ego menyatakan diri boleh hidup tanpa si dia. Jangan tipu diri. Sekiranya setiap malam menanti panggilan darinya, setiap malam menangis menanti si dia, setiap hari menahan perasaan sakit dalam hati, sebaiknya jujur pada diri. Jujur katakan diri ini sayang pada dia. Tidak salah mengaku isi hati, tidak mengapa sekiranya si dia tidak membalas isi hati itu. Yang penting diri telah jujur pada hati, sakit ditinggalkan tidak la seteruk mana.

Tiada istilah salah dalam bercinta. Hanya cara bercinta itu yang salah~

Wassalam~~

Kerana itu, aku BUKAN aku

Ramai yang beri nasihat pada diri ini~


Mak : Cuba jangan jadi macam lelaki! Kau tu pompuan, jadi macam pompuan sikit!
Aku dengar dan berubah berperangai lebih seperti perempuan

Kakak : Jangan terlalu rapat dengan lelaki. Biarlah dikatakan sombong, yang penting adab pergaulan kau jaga.
Aku dengar dan berusaha menjauhi semua lelaki. Walaupun akhirnya kena label perempuan sombong + garang, kata-katanya masih aku pegang.

Abang : Jangan peduli cakap orang lain, buat ja apa yang kau mau. Sebab lepas ni, kau tidak dapat lagi peluang kedua untuk mencuba segalanya.
Aku dengar dan cuba untuk kejar apa sahaja yang aku inginkan, walaupun tidak banyak yang dapat aku gapai.



Bapa : Jangan biarkan hidup yang susah jadi penghalang kau berjaya. Cuba buktikan orang yang susah boleh berjaya. Tunjukkan pada yang lain, kau bukan budak yang tidak boleh harap. Dengan kau ja kami bergantung. Biar susah mana pun kau tempuh, ingat pada keluarga , bukan orang lain.
Aku dengar dan berusaha menjadi yang terbaik dari yang lain, walaupun aku bukan sesempurna atau sebijak yang lain.

Mak cik : Tiada orang lain lagi yang boleh ubah nasib diri kamu kalau bukan diri sendiri. Lupakan pasal lelaki, fikir masa depan dulu.
Aku dengar dan fokus pada tujuan sebenar aku hidup didunia ini.

Pak cik : Belajar bagus-bagus. Sudah tu cari kerja yang bagus. Jangan biarkan kau diikat awal. Nanti kau juga yang susah.
Aku dengar dan keraskan hati.



Semua nasihat aku dengar dan cuba laksanakan. Aku berubah dari seorang yang tomboi, yang suka bermain dengan budak lelaki berubah menjadi seorang yang lebih bercirikan wanita, terlebih matang, dan lupakan segala keseronokan zaman remaja. Aku lupakan cita-cita dan impian aku dahulu.

Namun, aku rasa ini bukan aku. Aku bukan aku. Hidup aku sekarang sungguh berbeza dengan hidup aku 5 tahun yang lalu. Walaupun ketika itu aku masih alpa dalam belenggu keindahan zaman persekolahan, aku tetap tahu apa yang diri ini inginkan. Aku ingin hidup dengan gaya aku sendiri. Aku ingin rasa nikmat remaja sebenar.  Aku tetap tahu matlamat hidup yang aku inginkan. Kehidupan sekarang langsung tiada dalam lakaran hidup yang aku impikan. Langsung aku tidak terfikir yang akhirnya aku harus teruskan hidup ini seorang diri, menempuh segala cabaran sendiri, membuat keputusan sendiri. Memang benar apa orang kata, hidup ini tidak seindah yang disangkakan. Hanya dengan nasihat tadi menguatkan diri ini untuk menempuh segala onar dihadapan. 

In shaa Allah, aku akan jadi lebih kuat dari dulu. In sha Allah~