!| ~Tentang Dia~ |!: Aku di uji lagi.

Aku di uji lagi.

Assalamualaikum W.B.T


'Aku diuji lagi. asyik-asyik aku. Allah, aku penat. tak tertanggung dah beban ni'

ini antara luahan lidah tak bertulang saat diri ditimpa ujian.

hidup ini penuh dengan dugaan, penuh dengan ujian.
sering kita mengeluh mengapa semua ini terjadi pada diri kita, walhal orang lain mendapat bahagianya.

teman, cuba kita selidik semula tujuan kita hidup di dunia.
untuk siapa??

untuk Allah.

dan dari mana ujian itu datang?

dari Allah.

untuk apa Allah berikan ujian itu pada kita?

untuk membuktikan rasa cinta kita pada Dia.
untuk membuktikan ketaatan kita pada Dia.
untuk membuktikan kita layak atau tidak untuk syurgaNya.
layak atau tidak untuk menjadi Kekasih Allah di syurgaNya nanti.

jadi,
untuk apa kita mengeluh?

hanya satu sahaja tips dalam menghaapi ujian yang Allah sediakan.

apa?

sabar.

kerana sabar itu separuh daripada iman.

apabila sabar pun kita tak lepas, kita penat nak bersabar, bererti, kita PENAT nak BERIMAN.

lagi satu, bila ujian melanda, rasa nak nangis semua.
letak tangan dekat dada.
bisik pada diri.

'semuanya akan berakhir, in sha Allah'
dan in sha Allah, dengan keyakinan yang ada, kita akan tabah.

jadi teman, muhasabah semula diri.

positifkan diri, bersangka baik pada Allah.

dan banyakkan senyum.

in sha Allah, semuanya akan berakhir.




No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..