!| ~Tentang Dia~ |!: Minggu yang memenatkan

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum W.B.T



Allah, minggu ni minggu yang sangat padat dengan kerja. 
Apa taknya, isnin selasa pengajar datang nak cek buku log. tu pon bukan semua dia dapat cek. ada saja yang dia 'busy'kan . maklumla dapat ke Labuan siapa tak mau jalan-jalan kan? tak pa sir, kami maafkan.

dah tu, masuk pula kerja research bagai ni. ok, sebagai seorang pelatih, kami diwajibkan untuk buat satu research, pasal apa-apa ja la, ikut tajuk yang telah ditetapkan sebagai syarat untuk menduduki peperiksaan akhir. dan aku, tahap pengetahuan orang ramai tentang risiko Diabetes. ok, sudah! haha.. yang sebenarnya tajuk tersangatlah simple, tapi sifat suka menangguh tu yang menyebabkan diri stress nak siapkan. lagi dua minggu kot!!!



sepanjang minggu praktikal ni, aku ditempatkan di klinik TB. pesakit tersangatlah sikit! Alhamdulillah. dan dikesempatan itu (amboi, ayat~~~) aku siapkan keja dan yeah!!! da 70% siap. Alhamdulillah!


No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..