!| ~Tentang Dia~ |!: IF you LOVE something~

IF you LOVE something~


If you love something, set it free
if it comes back, its yours
if its not, it never was

Tidak salah untuk menyintai seseorang. Tidak salah untuk mendambakan seseorang.Tiada yang salah dalam hal yang berkaitan perasaan kerana ia sesuatu yang tidak dapat kita elak. Hati dan perasaan sememangnya 'fragile' yang perlu dijaga sebaiknya kerana saat hati itu pecah berderai, sukar untuk menyantumnya semula.



Jangan mencintai seseorang sehingga mengagung-agungkan si dia. Jangan terlalu taksub bercinta sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba di dunia ini. Jangan berkasih sehingga lupa batas pergaulan. Jangan, jangan, jangan. Kerana apabila hati dikecewakan, disakiti, dicurangi, sukar untuk diri bangun semula. Sukar untuk menerima kenyataan hingga mendorong pada perbuatan yang keji seperti percubaan membunuh diri. Buta kerana cinta, alpa kerana cinta, rosak diri kerana cinta.



Tidak salah mencintai seseorang itu dari jauh, kerana cinta itu tidak bermaksud untuk memiliki selamanya. Ikhlaskan hati, relakan si dia dengan orang lain. Bebaskan diri daripada kongkongan perasaan tamak untuk memiliki si dia, dia bukan jodoh yang tertulis untuk mu.

Jangan memaksa seseornag untuk mencintai diri. Jangan biarkan si dia berasa bosan dengan desakan demi desakan yang dilontarkan seharian. Biarlah perasaan itu muncul sendirinya. Biarlah dia sendiri ingin mencintai diri kerana perasaan yang dipaksa tidak dapat bertahan lama. Akhirnya, hati terluka semula.


Jangan ego pada diri sendiri. Ego mengatakan diri boleh berdiri sendiri, ego menyatakan diri boleh hidup tanpa si dia. Jangan tipu diri. Sekiranya setiap malam menanti panggilan darinya, setiap malam menangis menanti si dia, setiap hari menahan perasaan sakit dalam hati, sebaiknya jujur pada diri. Jujur katakan diri ini sayang pada dia. Tidak salah mengaku isi hati, tidak mengapa sekiranya si dia tidak membalas isi hati itu. Yang penting diri telah jujur pada hati, sakit ditinggalkan tidak la seteruk mana.

Tiada istilah salah dalam bercinta. Hanya cara bercinta itu yang salah~

Wassalam~~

No comments:

Post a Comment

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..