!| ~Tentang Dia~ |!

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat petang~



Tak sangka esok dah nak posa dah. Malam ni dah start orang pergi solat terawih. 
Tak tahu pasal pa orang excited gilerrr nak menjalani ibadah posa di bulan ramadhan.
Ceh, ayat tak ble blah!

Pada bulan ramadhan nie, orang dah pasang niat awal.
Orang berniat untuk mengasah diri menjalani seberapa banyak ibadah pada bulan yang penuh barakah nie.
Ramadhan yang lalu orang sia-siakan ja peluang yang ada.
yang ingat menghabiskan duitttt ja.
Tak pa, pasanga azam awal-awal.
In shaa Allah, dipermudahkan perjalanan itu kelak. Amin~

Bulan Ramadhan ni, pasti ramai yang nak beribadahkan?
Namun, ada perkara sebelum ramadhan yang perlu kita renungi.

Dah namanya bulan puasa, mesti pergi solat tarawih kan.
Tak tahu? Kat sini ada panduan solat tarawih. =)

In Shaa Allah, akan dipermudahkan perjalanan kita dalam mengerjakan ibadah dibulan mulia ini.
Korang, jangan ponteng pose tau!



After A Week~

'Selamat pagi kakak senior!'

Dan aku pon macam ' Huh??? Junior yang lalu tak pon macam nie.'
Junior ambilan terbaru ni aku nampak macam ok berbanding yang lalu. Ya laa... Dorang cakap ikut gaya penyelaras. Haahaha. Aku paham maksud tu.

Entry kali nie bukan nak kupas pasal junior-junior sekarang.  Tapi tentang orang-orang kat dalam kelas. Memang cuti sebulan mampu mengubah seseorang, namun waktu itu masih tak cukup untuk mengubah segelintir makhluk-makhluk dimuka bumi ini. Ok, one by one yaa...

Pelik bebenor dengan corak persahabatan sesetengah orang. First day hari tu dah nampak keretakan persahabatan mereka. Aku tak mau la masuk campur orang len. Memang bukan style aku la nak sibuk hal orang nie. Cuma curious sikit ja la. Kekadang kesina tengok yang sorang ni sendirian sekarang. Tak da yang nak rapat dengan dia. Tak pa, 6 bulan tu sekejap ja. Sabar yaa.. Pada yang lain, cuba fahami semula erti persahabatan tu. Sebagai sahabat, sepatutnya kita menerima rakan itu seadanya, bukan meletakan syarat pada nilai persahabatan tu! Semua orang ada kelemahan tersendiri. Bad temper, berwatakan pasif, terlebih happy, cantik, kurang cantik, bijak, pandai, pendiam, kuat cakap, itu semua berbeza antara satu sama lain. Terima sahabat itu seadanya. Tak salah. Kalau rasa tak puas hati, katakan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan cara sindiran atau 'menembak tak tentu pasal'. Baik jangan rapat dari awal, lagi baik.

Yang aku perhati lagi kan, ada perangai yang tak ubah langsung. Maka makin teruk la. Aku pon tak tahu nak  kata apa pada dorang nie. Aku paling pantang orang yang suka judge orang lain. judge orang lain sampai kelemahan diri dilupakan. Aduh, apa nak jadi dengan dorang nie. Mampu bersabar sahaja. Harap hidayah Allah dicurahkan pada mereka-mereka ini.

p/s:: buka hati, buka minda, muhasabah diri. Salam Ramadhan ^-^