!| ~Tentang Dia~ |!: Andai Perempuan Tahu~

Andai Perempuan Tahu~

Assalamualaikum... 
Banyak perkara yang berlaku namun tidak semua dapat di kumpulkan dalam satu kisah. 
Tadi dapat puisi ini. Masih cuba untuk menafikan segalanya. Sebab? Seperti langit dan bumi perbezaannya. Ya Allah, bantulah hamba mu ini...

"Andai perempuan tahu.
Apabila seorang lelaki jatuh cinta,perempuan itu tidak semestinya punya segalanya tetapi perempuan itu adalah segalanya di hatinya.
Andai perempuan tahu..  
Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai perempuan itu
Andai perempuan tahu.
.Apabila seorang laki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi perempuan itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu perempuan mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai perempuan tahu..  
Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai perempuan tahu..Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu perempuan itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.  
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki kata perempuan lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana perempuan itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu lembut.
Andai perempuan tahu..
Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar- benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai perempuan tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 

Lelaki itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang seorang itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya lelaki itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat perempuan menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi lelaki bekerjaya, suami juga ayah yang terbaik untuk anak2 anda ."

1 comment:

Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..