!|~ Tentang Dia ~|!!| ~Tentang Dia~ |!: Goodbye, you!
Goodbye, you!
Mengapa perpisahan
sungguh menyakitkan, walaupun hubungan itu tidak seberapa baik? Perpisahan itu
menyakitkan disebabkan timbul rasa kehilangan, bukan sahaja hubungan itu tapi
juga perkongsian janji-janji dahulu. Hubungan yang romantic itu bermula dengan
nada keterujaan yang tinggi dan harapan untuk masa depan. Setelah hubungan itu
gagal, akan timbul rasa kecewa, stress dan kadang-kala dendam….Perpisahan menyebabkan
segalanya berubah. Segalanya terganggu: rutin harian dan tanggungjawab,
hubungan dengan keluarga dan kawan terganggu, even identity diri turut
terjejas. Ia juga menyebabkna diri tidak yankin akan masa depan yang cerah. Apa
akan jadi tanpa si dia? Dapatkah mencari pengganti yang lain? adakah diri akan
keseorangan? Semuanya jadi tanda tanya dan mungkin bertambah teruk jika
dibandingkan dengan perhubungan yang hamper retak.Sembuh daripada
perpisahan amat rumit. Namun, penting untuk memulakan langkah baru. Tapi, semua
bergantung pada masa, jadi cuba untuk bersabar dan tabah.
Kata pada
diri ‘ok’ untuk ada perasaan yang berbeza
Normal untuk
rasa sedih, marah, exhausted, frustrated dan keliru. Semua boleh diubah. Diri mungkin
akan rasa blur-blur akan masa depan. Terima segala reaksi seperti ini dan diri
akan ‘immune’ jika diberi masa.
Beri masa
untuk diri berehat
Bagi masa
untuk berfungsi seperti biasa. Macam yang dikatakan tadi, semuanya bergantung pada
masa. Sekejap atau lama, bergantung pada nekad diri untuk berubah. Tiada orang
seperti superman atau wonder women; bagi masa untuk berubah, bersosial bersama
rakan.
A shoulder to
cry
Jangan alami
situasi ini bersendirian. Kawan dan keluarga. Ya, mereka mampu membantu. Kongsi
perasaan dan luahkan segalanya. Menangis la sepuasnya, agar tiada lagi tersisa.
No men is an island, right? Live yourself laa!!
No comments:
Post a Comment
Halloo..
Tinggalkan komen kat bawah ni yerr..