!| ~Tentang Dia~ |!

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum W.B.T



Allah, minggu ni minggu yang sangat padat dengan kerja. 
Apa taknya, isnin selasa pengajar datang nak cek buku log. tu pon bukan semua dia dapat cek. ada saja yang dia 'busy'kan . maklumla dapat ke Labuan siapa tak mau jalan-jalan kan? tak pa sir, kami maafkan.

dah tu, masuk pula kerja research bagai ni. ok, sebagai seorang pelatih, kami diwajibkan untuk buat satu research, pasal apa-apa ja la, ikut tajuk yang telah ditetapkan sebagai syarat untuk menduduki peperiksaan akhir. dan aku, tahap pengetahuan orang ramai tentang risiko Diabetes. ok, sudah! haha.. yang sebenarnya tajuk tersangatlah simple, tapi sifat suka menangguh tu yang menyebabkan diri stress nak siapkan. lagi dua minggu kot!!!



sepanjang minggu praktikal ni, aku ditempatkan di klinik TB. pesakit tersangatlah sikit! Alhamdulillah. dan dikesempatan itu (amboi, ayat~~~) aku siapkan keja dan yeah!!! da 70% siap. Alhamdulillah!


Pesan Bumi pada Anak Adam

Assalamualaikum W.B.T




Hadis riwayat Anas bin Malik~~

sesungguhnya bumi,
setiap hari memekikkan sepuluh ucapan:

Wahai anak Adam,
engkau berbuat sesuatu di atas belakangku,
tetapi engkau akan kembali ke dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau melakukan maksiat di atas belakangku,
tetapi engkau akan diseksa di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau ketawa atas belakangku,
tetapi engkau akan menanguis di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau bersuka ria atas belakangku, 
tetapi engkau akan bersusah payah di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau menghimpunkan harta di atas belakangku,
tetapi engkau akan menyesal di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau makan barangan haram di atas belakangku,
tetapi engkau dimakan cacing di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau hidup gembira di atas belakangku,
tetapi engkau akan hidup merana bersendirian di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau hidup di atas belakangku,
dapat menghirup sinaran matahari,
bulan dan lampu,
tetapi engkau akan bergelap yang amat di dalam perutku!

Wahai anak Adam,
engkau dapat menghadiri perkumpulan dan perhimpunan ramai atas belakangku, tetapi engkau kelak akan bersendirian di dalam perutku!